Thursday, January 24, 2008

Hasrat Yang TERPENDAM....

Kadang-kadang kalu simpan lame pun bleh jadi kacau gak. Menda-menda yang terpendam ni la bleh wat orang sakit hati n giler..huhu, mintak dijauhkan le..
Pernah tak berdepan ngan saat-saat serba salah:

Iklan : Sian diorang kalu kite gelakkan..



1) Berborak ngan member yang ade cili /sisa makanan terlekat kat gigi..Paling geli taik gigi tersepit di antara satu sama lain (mesti yg taun2 lepas punye kot)...wui..geli beb!

2) Chatting ngan orang yg ade masalah pernafasan berbau (skema plak bunyik)...nafas berbau la...takat mane kite bleh bertahan berborak ngan org cam ni??


3) Pengudaraan bawah tangan yang tidak menentu??(Ketiak busuk le..)..berani tegur tak?



4) Ternampak zip sluar member terbukak..? Ni 18SX...



Ni lah salah satu hasrat terpendam, nak diluah mati bapak. Tak luah, maybe kite yang mati kan? Adakah dengan cara berterus terang dapat mengatasi masalah ni? Atau pun dengan menghantar surat/message/ym/skype? (Mr.Final yg kenalkan mende instant ni..)



Mana yang lebih berkesan tanpa menjejaskan perhubungan yang telah lame terjalin? Susah gak ni..takkan nak menjauh diri? Pelik plak.


Apa pun yang kita buat mesti ada kesan baik n buruknye. Pada diri kita n juga orang terlibat dalam 1-4 perkara tu. Macammana dengan korang..pernah mengalami mende2 macam ni? Share and bagitau bende plg psyco yang korang penah buat untuk mengatasi or meluahkan hasrat terpendam kepada mereke2 yang terlibat ! Jangan2 anda yang terlibat-yuhoo!

Wednesday, January 16, 2008

SOALAN BODOH - BeRGuNA kE?

Huhu..tajuk pun dah macam soklan bodoh. Ade gak yang gemar guna soklan bodoh untuk memandaikan diri. Ade gak yang rimas dengan soklan2 bodoh yang menyakitkan hati. Persoalannya – APA GUNA SOALAN BODOH?

Ntah nape soalan bodoh wujud kat bumi ni. Tapi bagi certain orang, soalan tu hanya akan bodoh bila;

‘hak ala…takkan tu pun tak tau’
– TANYA MENDA SIMPLE..

Tak pun:

‘ Hai..tengah stady ke?’(padahal dah nampak orang tengah stady)
- DAH TANYA GAHARU PULA (Ish, betul ke ni?)

Ada gak:

‘nape kite kene mandi ha?'
- NI SOKLAN BETUL2 BODOH (maybe tak terpikir untuk tanye sebelum ni/ masa tu terasa maleh nak gi mandi)

Paling kreatif:

‘hai, jam pukul brape?’
- dah ade jam melekat kat tangan lagi mau tanya! Nampak sangat berguna gak ghupenye soklan bodoh ni untuk ngorat..ehem!

Kadang-kadang untuk bertegur sapa, orang akan gune soklan bodoh untuk memulakan perbualan. Naknye bila kita jadi orang baru dalam satu organisasi or tempat. Mesti orang akan start kate kite sombong plak kalu tak tegur sapa kan? Ha, kadang2 kite tak sedar kite dah guna soklan bodoh untuk bergaul rapat dengan orang lain dalam sesebuah komuniti.
Di sini soalan bodoh berguna untuk bersosial!

Adalah baik untuk kite berlaku adil dalam hidup, consider pengetahuan dan perasaan orang lain yang INGIN TAHU sesuatu, membantu mereka yang kurang pengetahuan dalam sesuatu mende. Maybe wujud soalan bodoh sebab adenye orang bodoh. Jadi, untuk mereka jadi excellent and bijak, bukankah perlu bertanya soalan yang mungkin dikira BODOH BAGI ORANG YANG PANDAI?

Lagipun, kite YANG BIJAK ni mestilah dapat nilai, yang mana soalan bodoh yang sengaja diada2kan sebab dah takde keje lain lagi nak buat..hehe, ataupun soalan bodoh yang digunakan untuk tukar topic??

Gunakan apa yang kite ade untuk menghormati dan bergaul baik ngan orang lain k!

Monday, January 7, 2008

Hanya Kerana Terpaksa..

Kesian..kesian. Ish..ish. Terpaksa siapkan kerja. Terpaksa naik bas pasal kereta kene langgar, tersadai kat workshop. Terpaksa makan mee cintan akhir bulan ni. Terpaksa stayback malam ni nak abiskan 10 lagi chapter – sok exam. Terpaksa ikut jalan ni pasal jalan lain jem. Terpaksa pinjam make-up member pasal sendiri punya kene cekup. Terpaksa cancel date malam ni, nak jaga adik kat umah, parents honeymoon. SEMUA TERPAKSA.

IKLAN : Ish, senyum terpaksa ke ni?

Bukanla nak jadi pakar bahasa tapi kalau kita perasan, perkataan ‘TER’ tu sendiri menunjukkan kita tak sengaja/bukan kita yang nak buat. Kalau TERPAKSA? Ha,lagilah parah. Dah la bukan kita yang SENGAJA pas tu PAKSA pulak –maknanya bukan dengan rela hati kan?
Berapa ramai yang mengeluh bila menyedari benda yang kita buat adalah kerana terpaksa buat? Siapa yang menganggap perkataan ni betul-betul perkataan yang menyakitkan dan negatif?


Positif atau negatifnya perkataan TERPAKSA ni bergantung kepada cara dan sebab kita menggunakannya. Kalau:

· TERPAKSA MENIPU? – Gaya bahasa ni macam dah takde cara lain lagi dah selain daripada menipu. Itulah cara yang ada. (Padahal, cuba kalau perkataan ni tak wujud? Mesti cuba gak dapatkan jalan penyelesaian yang baik kan?). So, ni positif ke negatif?

· TERPAKSA BEKERJA? – Nampak sangat pemalas. Pejam celik akhir bulan dapat gaji. Tu yang wujud perkataan terpaksa bekerja. Terpaksa gi kerja pasal nak sara hidup. Pergi kerja dengan tanpa rela hati. Dapat gaji suka hati!!! Jadi menda ni positif ke negatif?

Ramai yang mengambil kesempatan ke atas kewujudan perkataan TERPAKSA. Jep, kalau dah memang kewajipan, buat je. Tak payah nak pikirkan benda tu terpaksa atau tak.

TERPAKSA; membuat kita rasa yang kita tak bersalah dalam melakukan benda yang salah.

TERPAKSA; menampakkan diri kita baik bila kita dengan rela hati membuat sesuatu tanpa rela hati.

TERPAKSA; membuat kita hadkan peruntukan pilihan yang ada dan usaha untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.


Guys! Gunakan perkataan TERPAKSA sebaik-baiknya!

Wednesday, January 2, 2008

WATAK

Mungkin ada yang idamkan watak tertentu dalam hidup. Tak pun tak pasti mereka sendiri ada watak dalam hidup diorang. Bukan dalam drama je..

Prefer watak jahat ke watak baik? Watak orang kaya – merasa le mewah sikit. Watak miskin memilukan tapi dapat banyak perhatian. Macamana ngan watak selebriti famous tapi asyik kene kejar and kene tohmahan non-stop? Hm, watak pencuri? Watak lelaki kacak or wanita jelita tapi diculik oleh Sang JAHAT untuk mendapatkan tebusan wang? Ish...ish..kasihan!

Sebenarnya ramai yang tak sedar, hidup dan watak yang diorang pegang lebih mencabar, memilukan, menyedihkan, menggembirakan, pelik, seram,kreatif, berinovatif tinggi dan berwawasan. Ketidaksedaran inilah yang encourage ramai orang untuk IMPIKAN WATAK BEST! Semua tu hanya ada dalam REALITI hidup. Tak ramai boleh terima reality kehidupan diorang sampailah diorang sedar, kene bersyukur dengan watak masing-masing. Tapi bukan semua macam ni kan!

Agak2 watak korang penting ke tak? Ke ‘tukang pegang tombak’ belakang heroin?
Maybe ni pun bleh dikatakan watak penting:

1) Gadis mangsa penderaan
Toksah pikir jauh-jauh sangat. Orang yang diseksa mental pun dikatakan didera gak kan? Watak macam ni selalunye perlukan teman untuk luah perasaan. Ada yang buat bodoh dan terus menjahui orang yang mendera. Paling best, gi karoke. Hm, bagi yang yang masyuk cintan, dah semestinya kekasih jadi penenang hati. Tapi, macamane pasangan sendiri yang mendera mental dan hati? Ha, siapa ada watak ni? Mencabarkan?

2) Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan
Ni tertakluk kepada lelaki yang mana kemahuannya untuk mencapai cita-cita tak tercapai. Nak jadi pilot tapi disebabkan adik-beradik sume polis..termasukla papanye..jadi dipaksa mengikut kehendak keluarga. Watak ni memerlukan emotional control yang kuat. Lelaki ni terpaksa membuat keputusan samaada memilih keluarga atau pun capai impian sendiri. Ataupun bina impian baru? Ha, Nampak kreatifkan?

3) Mencuri kerana benar
Ada yang buat salah tapi pikir ’takpelah, untuk kebaikan’. Ni watak macam Robinhood la. Tak kira la mencuri ke, merompak, menculik-watak ni menganggap perbuatan yang salah dari segi undang-undang adalah tak salah sekiranya niat untuk membantu atau untuk mendapatkan yang terbaik untuk orang lain.

Korang sume ada watak impian kan? Appreciate watak yang ada k!