Friday, June 27, 2008

CCTV?

SMS Free : Berita baik untuk anda! Kehidupan anda telah dirakam selama 1 Minggu untuk tontonan orang ramai. Sudah semestinya anda tidak menyedari rakaman yang telah dibuat. Tetapi adakah anda merasa anda diperhatikan kebelakangan ini? Tahniah untuk anda kerana dengan penerimaan mesej dan rakaman tersebut, anda telah menerima RM10,000.00. Anda boleh menaip TIDAK/TERIMA (terima atau tidak) dan hantarkan kepada xxxxx. Pasti anda terima kan?


Ngumpat ke..tak perasan CCTV?

Ha..pesal? Gelabah dapat mesej ni…pesal nak gelabah…RM 10,000 tu! Bukan senang nak dapat free2..

Hmm, bayangkan seminggu CCTV merakam idup korang.Tup tap dapat RM 10,000. Idup pun jadi terkenal kan? Sana-sini orang memandang, ada yang tersenyum. Ada gak yang menggeleng..ish..ish..mana taknye! Satu Malaysia tengok rakaman tu tanpa korang sedari!

Ape perasaan korang kalau dapat mesej ni? (mesej ni dianggap real- tatak tipu punya!)

Malu!!!
Malu giler ar..walaupun aku tau dia tak akan record sampai masuk dalam bilik air, tapi tabiat negative aku yang orang tak tau, yang tak senonoh ke..orang dah tau. Aku dah tak boleh sorok dah. Tak boleh nak control2 macho dah beb! Tak leh nak cover2..apa pun aku buat nanti mesti jadi kacau..ish..terkenal memangla terkenal..tapi kalau aku baik sangat takpe..ini jenis yang suka sepak kucing- even kat luar aku ngaku sayang kucing! Tak cukup ngan tu suka biarkan orang tua berdiri dalam bas sambil duduk senang lenang..suka ngumpat!!Abisla bocor rahsia!!Tak nak CCTV!!!

Mestilah Bangga!
Wah, dalam banyak2 audition berlakon or nyanyi aku tak dapat – akhirnya dapat jugak aku merasa famous! Dapat habuan plak plus mesti ada director2 filem yang nak amik aku berlakon!! Maybe diorang tak berapa sedar agaknya bakat aku sampai diorang tonton sikap-sikap natural aku…hahaha!!! Aku famous!! Mak and abah!!Banggalah melahirkan aku!!

Pelik???
Pehal dalam ramai2 orang, aku yang dipilih? Bukan calang2 nak dapat duit riban macam tu..ish, pelik aku. Apa tujuan diorang rakam hidup aku? Ada rahsia aku yang diorang nak korek dari aku ke? Or nak pancing aku untuk lakukan sesuatu?? Aiyakkkkkk!!Bingung…… ke ada yang nak balas dendam? Ke ada yang tak puas hati ngan hidup aku yang bahagia lalu ingin merosakkannya?? Ah! Payah!

Bagi @LiENZ, duit tu mampu mengaburkan..hm, tak kurang ada yang akan merasakan privacynya terganggu. Yang pasti, ada yang merasakan diri diorang dianggap hipokrit (lain depan, lain belakang)! So, apa yang korang rasa kalau betullah perkara ini berlaku pada korang? Apa tindakan korang?