Tuesday, September 2, 2008

Maaflah.....

“Siti, sorry beb. Aku yang curi laptop kau..aku kene bayar hutang member aku.
Aku takdek pitih dah ni..aku pikir ko la kawan paling baik yang aku ade…so,
aku
curi laptop ko..jual..and aku tipu yang laptop tu kene curi dek
orang
luar..time
ko gi kelas…aku mintak sorry
sesangat..”

“Ning, aku tahu ko
tengah marah. Aku tak patut
tampar ko camtu
tadi. Tapi mulut ko dah melampau
sangat. Sakit zahir batin
aku ni. Ni
pun kira bagus aku mintak maaf..patutnye
kau yang mintak maaf
pada aku
dulu…”

“Mak, sorry. orang malas nak
masak..letih keje
ni..mak
masak la..lain kali orang masak
lak..”

“Aku minta maaf
Ali, aku
tak berniat tipu kau..tapi keadaan
memaksa..aku terpaksa… aku dan
tunang
kau bakal berkahwin minggu depan..relailah
perkahwinan kami..dan
maafkan
lah keterlanjuran kami…”

Nak maaf kan ke tak?

Pelikkan? Kengkadang timbul satu keadaan yang mane kite pikir – takpela…pepandailah aku handle baran die..selame ni pun die slalu maafkan aku..

Seolah-olah kite anggap orang tak boleh buat ape time kite minta maaf…seolah-olah diorang kene gak terima maaf kite…so, macam mane ngan perasaan orang yang memberi maaf tu? Serius die tak ape2..? Serius, pas-pas ni kite minte maaf..settle semua?

Berbaloikah kite yang diminta memberi maaf – memaafkan orang yang anggap maaf ni :

Penyelesaian segala2nya?

Tidak kita nafikan, memaafkan orang adelah satu sifat yang bagus dan mulia. Tapi bagi orang yang berpikiran bahawa maaf tu membenarkan mereka untuk terus buat silap…tu dah jadi keburukan… Maaf itu selogik2nya adalah permintaan bagi orang yang tidak sengaja membuat kesilapan….seharusnya sebelum kita berbuat sesuatu, zalimla kalau kita pikir ‘takpe’ hanye sebab kita pikir kita bleh minta maaf…hati2 ye bagi orang yang mungkin ade dalam golongan ini..

Selamatkan diri?

Ha! Kalu orang nak ngelat kene marah…maaflah selalu diorang gunakan (disamping ayat2 sampingan..hehehe)…nak katakan orang takkan marah, marah gak..tapi at least kalo dah mintak maaf tu..takdelah lame sangat diorang punye baran…tak pun kalau bohong kecik2 tu..kalau kantoi, memang akan kene penangan…but bile minte sorry je..takdelah parah sangat…hehehe…betul ke?

Untuk kembali pada yang asal….

Ni apply untuk kes2 tertentu…umumnye memang keadaan akan kembali pada asalnye balik selepas orang yang buat salah mintak maaf pada kita…tapi untuk orang yang buat kes besar..you have to pay big price beb! Kalu kite paham ngan perangai memember kite, adik beradik kite ke..itu maybe bagus untuk kite minta maaf…but be careful sikit, ade orang makan dalam…nahasla…silap2 perkataan maaf tu dianggap sampah je pas-pas ni!!

Untuk dapat bahagia...

Kalu diperhatikan kes mamat kawin ngan tunang member tadi tu…mesti ngan harapan agar die dapat restu…harap2 begitula..tapi itu bukan kepastian..berfikir sebelum berbuat sesuatu. Ni pun dapat elakkan dari kita meminta maaf membabi-buta…

Kengkawan...kalu kite rajin nak check balik, adakah kita meminta maaf dengan maksud takkan buat lagi or minta maaf untuk legekan hati sendiri. Ade gak yang mempertikaikan ikhlas or tak kite memaafkan...wuit, persoalannya adekah keempat- empat golongan ni ambil kisah kite ikhlas ke tak?

Hai si pemaaf! Antara ketiga2 golongan ni…mane satu yang korang akan senang atau susah nak maafkan?

Saturday, July 26, 2008

Tiada Manusia yang Sempurna…

Pasti kita dah biase dengar ayat ni. Kita sendiri pun tak sedar yang mungkin kita adalah salah seorang yang ‘lahir’ dengan ayat ni. Terlalu biasa didengari, terlalu senang untuk kita sebut. Tapi macam mana kita menerimanya?

Cerita pasal kelemahan dan ketidaksempurnaan, mungkin kita tak berapa nak perasaan pulak tentang penerimaan kita terhadap kelemahan orang lain. Paling-paling pun, kita akan lari dari orang yang punyai bermacam-macam kelemahan…mungkinkah ada cara lain?

Dalam satu hari, berapa kali kita jumpe dengan orang yang pelik – mungkin boleh dikatakan kurang bijak. Mungkin ade yang ‘slow’ gila – buat kerja lembab. Maybe ade yang cepat give-up, sikit-sikit nak orang tolong. Dah biasa bergantung pada orang lain, kalu tak, susah nak terus hidup. Tak cukup dengan tu, ntah dari celah mane – ade plak yang pemalas. Nak orang suap je..tak mahu usaha untuk cari sendiri. Ada yang tau siap je, tak nak tau problem orang lain yang menyiapkan. Ada yang baran dan suka selesaikan masalah dengan marah. Ada yang suka mendiamkan diri bila orang cerca, ejek or jatuhkan maruahnya.

Marah?


Pada satu tahap tertentu, manusia mungkin akan cari jalan macammane nak lari dari kelemahan orang lain. Kalau diteliti, dalam satu tempat kerja pun, kalau ade senior yang tak sabar mengajar anak buah yang lembab, or kurang IQ..paling kecik menda die akan buat adalah MARAH. Pastu akan harumlah nama anak buahnya itu di pejabat – sebagai Si Slow or Si Lembab. Paling kejam ialah mencadangkan kepada pihak atasan supaya memberhentikan pekerjanya. Selesaikan? Hmm..

Kalu time study, bile time wat group ke or team – certain student akan cari yang bijak2 duk dalam satu group. ‘Senang sikit kerja kite, cepat sikit siap’ tak pun alasannye..’Wei, kite kene piker gak carry marks kite camne nanti, budak ni nak speaking pun kantoi…macammane plak time present lagi..malu..”

Bagaimana pula kalau kelemahan mak bapak kita…pelupa, suka mengarah, suka membebel, kadang-kadang mengada-ngada…bagaimanakah kita terima kelemhan diorang?

Bila kita lemah, kita akan cakap – tiada manusia yang sempurna. Tapi, malangnya kita sendiri terlepas untuk menerima kelemahan dan ketidaksempurnaan orang lain..

Agaknya pernah tak korang terima kelemahan orang lain dengan cara yang baik? Macammana?

Wednesday, July 16, 2008

Kalau Bukan NAMA....

“Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan NAMA"

Yuhoo!! Sejauh mana pentingnya nama manusia bagi korang? Lahir-lahir tengok dah ada nama kan? Ada tak yang nyesal ngan nama yang korang ade sekarang? Hehehe…teruk sangat ke tu..nak tak nak terima je la…fiuh!!

Kadang-kadang ada gak terdengar yang namanya lain, panggilnya lain…maybe sebab panggilan manja, or gelaran yang member-member bagi ataupun sebab diri sendiri suka ngan nama tu, so suka-suka hati tukar nama…

Pernah tak korang pikir kalau manusia takde NAMA? Imagine yang korang hidup sekarang ni takde nama? Susah tu nak berkawan, nak umpat, nak kutuk..nak panggil, nak mengarah..nak orang panggil diri korang sendiri macamane?? Hmm…kalau dalam keadaan macam ni, ok tak kalau korang dipanggil ngan:



Keadaan fizikal korang (keadaan mental pun bleh gak)…

Ni kes paling senang kot nak namakan orang – and kenal orang..AND dipanggil orang. Kalaulah kita tinggi, bleh gak orang nak panggil galah…kalau badan gempal, panggil Si Chubby, kalau manis rupanya panggil Sweety (macam rotila plak). Nama yang mungkin akan popular – Black (bagi yang gelap), Curl (rambut kerinting), Cecapang (telinga pelik)…test jap:

“Wei, mane Si Galah? Kite dah tunggu lame ni..”
“Galah? Aku kat sinilah Buntal…”
“Bukan ko le..Si Galah 5 Kaki le..”

“Apa hal kecoh2 ni Galah? Mengata aku le tu..”
“Ko jangan nak perasan, aku tengah cakap ngan Buntal Kecik la, Buntal Besar..”
“Ko pehal Buntal Besar, aku baru sampai ni..dah main tuduh…”
“Ish, Galah 5 kaki..aku cakap ngan Galah 4 Kaki 5 Inci le…”

Aduih…gaduh plak jadinye..nak menyebut satu hal, siap ukuran lagi!!

Panggil nama korang guna NAMA BENDA/BUAH/SAYUR/MAKANAN?

Ala…mende ni, dah jadi normal dah sekarang…amik satu contoh je – Mangkuk! Kalau korang perasan, bende mangkuk ni selalu kuar dari mulut time memember buat kite jadi marah, atau pun buat perangai tak abis-abis…tapi bezanya, kalau korang takde nama…mangkuk nilah yang jadi pilihan (agaknye la)…benda-benda kat sekeliling kita banyak…takkan ada masalah nak pilih…biasanya dalam sajak-sajak pun ada yang suarakan persamaan kita ngan lilin yang membakar, pohon yang rendang…daun kering la…ha, bersepahkan? Suka tak orang panggil kite mentimun? Best tak brokoli? Ke nak name yang canggih sikit? TV? PC? Microwave? Extension wire? Aiyo…banyak pilihan ni…test jap:


“Hello, Kuali…aku nak tanye..nak masak ape ni. Kitorang tak reti ni. Lambat lagi ke kau balik Kuali…”
“Ala, ko ikut je resepi aku k…aku cakap, korang ikut…”

“Pastikan ada Bawang, Cili Padi Merah, and Telur…”
“ Blender ada?”
“ Mane ntah pegi…Lesung Batu ade ni…ok, semua dah ade ni”
“Ok la tu…pandai-pandai le korang…”

“Tumbuk Bawang ngan Cili Padi Merah tu sampai hancur…Blender takde kan, guna Lesung Batu… ”

“Pecahkan Telur, campur semua sekali”

“Panaskan Kuali, masuk sume, goreng! Aku tau dah sampai umah aku nak makan-lapo”

“?????? Ha?”

NamaPanggil guna No.Plat Kenderaan??

Ni yang paling bertamadun sekali…lain dari yang lain. Fleksibel jika dibandingkan point pertama dan kedua. Korang bleh dikenali ngan No.Plat Kenderaan. Unik kan? Huruf dan Nombor…Kalau nak dipanggil ikut kenderaan yang dipakai, ramai yang pakai Proton, BMW, Mercedes..wuit, kalau diberi pilihan, mesti nak nama kereta yang mewah ye tak? Nak try? Bleh test sendiri?

“ Aku tak paham apa sebenarnya yang berlaku…WEC 2335 kata yang CBE 299 kacau bilau sekarang pasal kene rompak dek KJH 5235..itu yang GHK 3398 lapor pada aku…masih tunggu siasatan WHB 2583 lagi…lagipun CBE 299 yang dikatakan bersalah pasal cuai dalam hal tu…”

“Jap....aku pening wei, ko ulang balik bleh?”

Kuang..kuang…susah payah ni nak dipanggil dan memanggil…paling susah ialah untuk dikenali dan mengenali..

Kalau korang dilahirkan di dunia yang mane manusia tidak punyai nama….mane satu elemen yang korang akan pilih? Ok ke manusia takde NAMA?

Friday, June 27, 2008

CCTV?

SMS Free : Berita baik untuk anda! Kehidupan anda telah dirakam selama 1 Minggu untuk tontonan orang ramai. Sudah semestinya anda tidak menyedari rakaman yang telah dibuat. Tetapi adakah anda merasa anda diperhatikan kebelakangan ini? Tahniah untuk anda kerana dengan penerimaan mesej dan rakaman tersebut, anda telah menerima RM10,000.00. Anda boleh menaip TIDAK/TERIMA (terima atau tidak) dan hantarkan kepada xxxxx. Pasti anda terima kan?


Ngumpat ke..tak perasan CCTV?

Ha..pesal? Gelabah dapat mesej ni…pesal nak gelabah…RM 10,000 tu! Bukan senang nak dapat free2..

Hmm, bayangkan seminggu CCTV merakam idup korang.Tup tap dapat RM 10,000. Idup pun jadi terkenal kan? Sana-sini orang memandang, ada yang tersenyum. Ada gak yang menggeleng..ish..ish..mana taknye! Satu Malaysia tengok rakaman tu tanpa korang sedari!

Ape perasaan korang kalau dapat mesej ni? (mesej ni dianggap real- tatak tipu punya!)

Malu!!!
Malu giler ar..walaupun aku tau dia tak akan record sampai masuk dalam bilik air, tapi tabiat negative aku yang orang tak tau, yang tak senonoh ke..orang dah tau. Aku dah tak boleh sorok dah. Tak boleh nak control2 macho dah beb! Tak leh nak cover2..apa pun aku buat nanti mesti jadi kacau..ish..terkenal memangla terkenal..tapi kalau aku baik sangat takpe..ini jenis yang suka sepak kucing- even kat luar aku ngaku sayang kucing! Tak cukup ngan tu suka biarkan orang tua berdiri dalam bas sambil duduk senang lenang..suka ngumpat!!Abisla bocor rahsia!!Tak nak CCTV!!!

Mestilah Bangga!
Wah, dalam banyak2 audition berlakon or nyanyi aku tak dapat – akhirnya dapat jugak aku merasa famous! Dapat habuan plak plus mesti ada director2 filem yang nak amik aku berlakon!! Maybe diorang tak berapa sedar agaknya bakat aku sampai diorang tonton sikap-sikap natural aku…hahaha!!! Aku famous!! Mak and abah!!Banggalah melahirkan aku!!

Pelik???
Pehal dalam ramai2 orang, aku yang dipilih? Bukan calang2 nak dapat duit riban macam tu..ish, pelik aku. Apa tujuan diorang rakam hidup aku? Ada rahsia aku yang diorang nak korek dari aku ke? Or nak pancing aku untuk lakukan sesuatu?? Aiyakkkkkk!!Bingung…… ke ada yang nak balas dendam? Ke ada yang tak puas hati ngan hidup aku yang bahagia lalu ingin merosakkannya?? Ah! Payah!

Bagi @LiENZ, duit tu mampu mengaburkan..hm, tak kurang ada yang akan merasakan privacynya terganggu. Yang pasti, ada yang merasakan diri diorang dianggap hipokrit (lain depan, lain belakang)! So, apa yang korang rasa kalau betullah perkara ini berlaku pada korang? Apa tindakan korang?

Monday, May 19, 2008

SuRaT CiNtA...

Ko dah siapkan tak?

Dah.

Pesal ni….nak ke tak nak buat?

Nak…aku malu la plak…macam gile je mende kite nak wat ni…

Jangan banyak piker ok..kite dah sampai tahap ni..jangan nak ngade2..

- CEBIK-

Tunjuk ko nye dulu…

Pesal aku plak…lady first!

Amik la….-CEBIK-


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum W.B.T

Kehadapan En.Ahmad yang dihormati selalu. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menganggu ketenangan En.Ahmad dengan surat yang tak seberapa ini. Sukar untuk saya menggunakan teknologi lain seperti e-mail, sms atau pun YM. Saya merasakan teknik ini masih sesuai untuk tujuan tertentu.

Menyedari yang En.Ahmad pasti terperanjat dengan kehadiran surat ini daripada saya, saya tak mahu membuang masa. Ingin saya nyatakan dengan jelas, saya ingin meluahkan sesuatu yang telah lama terpendam di dalam hati saya selama ini.

Status saya sebagai student En.Ahmad membuatkan saya rasa kurang wajar untuk saya merasakan apa yang saya rasa sekarang ini. Tetapi sukar untuk mengelakkan perasaan ini kerana dalam pada yang sama, saya terpaksa menghadiri kelas En.Ahmad dan menghadap En.Ahmad dan perasaan saya yang berbelah bagi….Saya tidak pandai untuk menipu diri saya yang saya telah memperjudikan perasaan saya untuk mendapatkan perhatian En.Ahmad…mohon maaf En.Ahmad, saya telah membenarkan diri saya jatuh cinta pada En.Ahmad.

Saya sendiri tidak pasti apakah jawapan dari En.Ahmad yang saya nantikan atau tindakan saya meluahkan perasaan ini adalah untuk mendapatkan balasan yang positif daripada En.Ahmad. Walaupun jelas layanan yang diberikan oleh En.Ahmad kepada saya boleh meyakinkan saya yang En.Ahmad mempunyai perasaan yang sama dengan saya, namun kepastian dari pengakuan En.Ahmad sendiri boleh membantu melegakan hati saya yang tidak keruan ini.

Saya mengharapkan jawapan dari En.Ahmad sendiri dan menantikan saat manis menerima balasan daripada En.Ahmad…


Yang selalu menantikan,
Pelajarmu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Serius nak anto sampah ni?

Ko pehal? Aku tertonggeng melingkup siapkan surat ni…

Ade yang tak kene bagi aku surat ni…

Susah2 kite mintak je lah @LiENZ tu tolong kite..nak?

Surat aku camne plak?

Proceed aku punye dulu…

"Kengkawan, @LiENZ rase ni bukan pasal format, mungkin cara meluahkan or maybe ayat yang digunakan kurang dignity or...hmmmm...ade yang tak kene kat sini..wajarkah luahan perasan begini oleh seorang pompuan? Sebagai seorang seorang student? Ade yang tak kene ni..

Perasan tak kengkawan?"

Saturday, April 5, 2008

Bakteria....wo….Bakteria…

Hehehe…..cakkk!!!
Dah lame dah tak update blog ni. Harap ade lah pelawat lagi kat sini…sori ye kawan2!

Actually tetibe terpikir pasal mende2 yang kite tak bleh nampak..mende2 halus, mende2yang ghaib..hm…seram plak ni..

Bukan ape..agak2nye ape la reaksi kite kalo bleh nampak mende2 macam tu. Bayangkan kite bleh nampak bakteria, kuman atau mende2 sewaktu dengannya..dan pade satu mase nanti kite kene biasakan idup ngan nampak mende2 ni terbang, melepek kat kaki kite, main kejar2 antara satu bakteria ngan satu bakteria lain…fiuh, ilang akal kalo pk mende2 macam ni…tapi ade gak baiknye..hehe…..:

Ishh..kuman ade kaki!!



Baik untuk sesape yang PENGOTOR!

Hehe…ade gak yang semule jadi pengotor, ade yang ikut mud nak buat kerja-kerja pembersihan, ade yang idup ngak pakai konsep ‘takpe2..sikit je’..ha, bayangkan le kalo idup terus ngan perangai pengotor..dalam mase yang same nampak kuman ngan bacteria bertebangan, bersepah2, melekat kat seluruh badan kite…wuish!!Mungkinkah orang sebegini akan bertaubat dari sifat pengotor?

Baik untuk sesape yang PEMALAS!

Kalo malas nak kemas umah bleh tahan lagi..tapi kalo malas nak mandi n gosok gigi, tu dah kire hardcorenye pemalas tu! Selame ni kite tak sedar pun even kite dah mandi pun, maybe ade kuman lagi..kalo tak mandi, tak ke macam sang bulat2 hitam melekat n merayap seluruh badan kite.Tak nampak bleh lah garu2, pas tu terus bersantap!!! Ha, gabungan yang mantap!!Bakteria dan lauk kari bergabungan nasi kandar!!Fuh! Mane tak sakit perut ye tak? So, kalo lah kite nampak mende2 ni, maybe mandi lebih dari 3 kali! Setiap hari idup kat umah pun terurus..kemas dan teratur…paling penting, idup sihat!

Baik untuk orang yang suke Pikir bukan2 n Buang Masa!

Kite akan bergerak lagi laju dari mase. Sebab mungkin kerane kite dah nampak n rimas ngan bakteria yang kotor lagi menjijikkan, kite akan membanyakkan usaha mengejar masa, mengejar bakteria..time tu pun kite sedar yang kite dah bersenam tanpe kite sedar…so, mende ni ngelak kite dari buang mase, pikir bukan2..mase terisi ngan bende berpekdah!!

Tak disangkal, kalo kite nampak kuman n bakteria pun parah gak kite ye tak..tapi, sementara kite tak nampak ni..baik kite buat2 nampak..baik untuk kite gak.

So, kalu diberi pilihan…korang memilih untuk nampak or tak nampak bakteria?

Sunday, March 9, 2008

Lari!!!

@LiENZ hilang. Aku tau die lari dari aku. Sampai bile kau nak jadi pelarian, aku pun no idea…huhu! Selambe aku masuk cni..pakai password main lempar dadu…aku maleh nak ade blog, xde keje ke nak update selalu?


Tapi aku skang pon tengah ade dalam blog gak..hm, sori @LiENZ – bukan terjah, tapi aku harap ko bleh paham perasaan aku skang. Aku nampak ko banyak kawan kat cni..aku tetibe sunyi…sorila kawan…main masuk je!

Aku baru lari dari umah aku. Mak bapak aku musti tengah risau tu. Padan ngan muke. Sape yang buat aku susah, padah! Aku tak peduli, orang luar sane nak cakap ape – tanggang? Tunggang langang? Anak derhake? Aku rimas skang ni…takde sape yang tau aku kat mane..nak jumpe @LiENZ, die plak ke mane..

Aku tengah rimas. Jangan peduli aku maki mak bapak aku n family aku. Cukup 20 tahun aku duk bawah ketiak dorang. Cukup aku jadi pak sanggup.Cukup untuk aku jadi orang lain.Dah cukup untuk aku jadi hipokrit. Sakit hati aku. Family n aku. Skang hanye tinggal aku.

Haha! Bukan same ke de family or xde? Call aku bile susah, makan besar tak plak panggil aku?? Aku dah macam patung/robot. Selame ni aku ikutkan ape yang diorang nak. Aku korbankan banyak bende demi diorang. Aku tutup sebelah mate bile adik beradik aku dapat ape yang diorang nak – sedangkan aku nak mintak pun dah kene pelempang. So, betul ke aku anak yang baik? Sampai bile nak perlakukan aku macam ni? Bile aku nak ade idup aku sendiri? Jangan kaco idup aku. Jangan masuk campur lagi idup aku. Biar aku bebas. Jangan jadikan aku hambe.Cukup bulan tanye duit, tak cukup bulan lagi pun tanye duit. Pernah tak nak menanye aku idup lagi ke tak?

Toksah nak cakap pasal ikhlas…aku benci. Toksah nak cakap pasal susah diorang.Ape diorang nak aku jadi, aku dah jadi..nak aku tukar? Dah tukar…Nak tambah, aku tambah..nak kurang. Aku kurangkan… Aku nak diorang, tapi peritnye aku rase..aku tak dapat..sedih gile aku…aku nak bermanje..aku nak peluk diorang kuat2…tapi nape aku tak dialu2kan? Ape salah aku?

Hanye sebab aku tak pandai amik hati korang? Or sebab aku lurus bendul? Or aku bebal? Seriously, selame 20 tahum aku trime korang seadenye..kalo korang dah tak dapat nak trime aku n ambil kesempatan terhadap ape yang aku buat..that’s ok..

Dah..aku dah lepas.Thanks @LiENZ...

(Aduih..nape ko tak publish..?Nak marah, sian plak die...fuh, @LiENZ rase ni hardcore punye problem...bleh tak kite sesame nasihat die...Balik pade pangkuan parents die??)

Sunday, February 24, 2008

MiMPi KeJAM

From : Mafi (Bukan Nama Sebenar)
Kepada : @LiENZ

Subjek : Aku Benci Mimpi!

@LiENZ,

Aku tak tau la - ko bleh tolong aku dapatkan ubat tido mati? Tak kire la mahal camne pun. Aku dah nak mati dah ni. Dah lame tak menghayati tidur yang sempurna. Hari2 mimpi ntah ape2. Ade yang bleh buat aku gile. Aku try tido petang pun tak menjadi..tido sebelum suboh pun same gak..naik lebam mate aku pakse tido..


Ko tau tak..aku bukan mimpi pasal orang mati ke, bunuh aku ke..aku banyak mimpi pasal orang back-stabbing aku. Termasuk mak bapak aku. Kakak aku. Kengkawan aku…

Tau tak, skang ni aku macam dah rase yang mende tu bukan sekadar mimpi..tu sume real. Aku dah maleh nak balik kampong jumpe mak bapak aku. Aku rase diorang ade strategi memalukan aku. Nak pakse aku buat something..yang aku tak rela..ah!! Aku tak dapat baying wajah diorang dalam mimpi tuh!!

Aku lepak mamak sengsorang..ngelat dari memember aku. Aku tak leh concentrate keje aku. Selalu pikir ade bebudak opis dengki aku.Termasuk bos aku yang aku percaye selama ini. Aku rase ade yang tengah cemar name aku even depan aku diorang baik..kawan2 aku banyak kaotim punye bebudak..

Aku suke menyendiri, jadi murung. Tak ceria macam dulu. Aku selalu curiga n ragu2 ngan orang sekeliling aku..nape begini effect mimpi kat idup aku. Aku siap piker yang aku giler. Nak jumpe doctor pakar..tapi aritu aku mimpi doctor pakar korek isi otak aku plak!!

Ape yang harus aku buat nih? Nape aku rase dunia aku makin pelik ni..takkan hanye sebab mimpi? Nape mimpi tu tak stop2 datang? Ape kene ngene ngan mimpi kejam ni dengan idup aku?

@LiENZ, bile mende ni akan berakhir?

“ Wuit, @LiENZ tau sume di luar sane lebih bijak kan? Tolong la die..sian gak..so, macam mane beb?”

Monday, February 18, 2008

Mane pegi sudu tu....??


HARI PERTAMA

Kakus : Ish, mane sudu aku? Dah agak dah..pantang aku letak sehari due dah lenyap! Baran aku nih!!!

Kantui : Ape ko bising senyap2 nih..cakap ngan paip pe?

Kakus : Sudu saya ilang Kantui. Baru beli tuh..ade nilai komersial plak tu..

Kantui : Yang ko letak sudu ko kat pantry pesal. Simpan kat tempat sndiri bleh tak? Dah ilang nak memekak plak..ni kan sume hak milik bebas. Ko letak yang mahal n antik kat cni dah tentu ilang dik oiii…kalu nak letak gak ko lekat name kat c2..tu pun tak tentu lagi wei..orang cni memang tak bleh percaye. Even masing2 banyak duit, barang orang pun nak kebas!!

Kakus : Ye ke…macam budak2 le plak lekat name..takkan sudu tu pun ade orang nak amik…aduih, saya sayang giler sudu tuh Kantui..

HARI KEDUA


Kakus : Oit, Kalui. Aku dah tak jumpe dah sudu aku. Siap pencurik tu..kalu aku tau sape die..aku curik die punye plak..

Kalui : Aku bleh agak wei sape rembat sudu ko..mug aku pun die penah pakai..dah takde ghete sendiri kot..

Kakus : Wuit.. sape wei! Ko pasti?

Kalui : Tengok kuku le..semalam kot aku dengar dari kukui, si Ketui pakai sudu baru..siap menggedik main bunyik2 time wat Nescafe timun semalam..dah takdek orang lain dah..Ketui punye keje!!

Kakus :Siap la kantui kali nih!!!

HARI KETIGA

Ketui : Wei Kakus, pesal ko gune sudu hak milik bebas? Mane sudu ko yang glamour sangat tu…

Kakus : (Hekelek, buat kura-kura plak..dapat racun tikus, bubuh sedap nih…) entahle..orang kate kalu pencurik ni hukumnye potong tangan baru sedau..panjang tangan ni tak dapek nak lari memane..

Ketui : Aku pun tak tau bile lah si Kantui tu nak berubah. Itula keje die, ghete orang lagi die suke..even ghete sendiri melambok..bleh je nak beli sendiri..

Kakus : Ape maksud ko?

Ketui : Aku dengau die bawak balik sudu ko tu..ish, ko tak dengau orang kecoh pasal die tuh? Jaga2 ckit, nampak je baik..abis sume die kebas..suami orang pun die rembat tau..

Kakus : Bio betul..ish, melampau nih..sok luse laki aku plak jadi mangse! Siap ko Kakus, depan aku ko wat tak tau ye..perampas ghete orang!!

HARI KEEMPAT

Kangpui : Buk, ini sudu siapa buk.. Saya jumpa in dalam laci ini…

Kakus : Ha? Aduih..aku lupe aku letak dalam laci ni….ISHHHHHHHH!!!


"Kasihan mereke ini...hanye sebab sudu dah jadi perkare2 yang tak elok...

Ape pendapat korang - ape pengajaran dari cite sudu nih? Korang ade tak kengkadang jadi one of the watak kat sini? ish..ish.."

Sunday, February 10, 2008

CeBiSan NoTa dari “GUA”….


GUA hidup sendiri. Kengkadang jadi parasit tanpa disedari n perlu diakui selalunya di SENGAJAKAN..kui..kui..(siap gelak si GUA ni??)

Hidup GUA straight. Malas nak bengkang-bengkok. Malas menyusahkan hidup sendiri. Malas nak banyak pikir. Bagi GUA banyak orang berpikir dalam waktu yang lame..berkurun baru nak decide something..sebab takut menyesal, maybe risiko terlampau besar..or pikir plak pasal mampu atau tak untuk tanggung akibat – itulah yang dibimbangi..relax ckit bleh tak – menggelabah je!

Bagi GUA – idup, survival, susah n payah berhidup ni semua GUA yang telah n akan hadapi. Even maybe kengkadang memember GUA akan berkata yang idup bersama lagi menyeronokkan..tapi tidak pada GUA. GUA seronok melepak ngan memember sebab diorang belanje melantak kat mamak stall. GUA seronok ade kengkawan yang mewah pasal tak payah perit naik bas pergi n balik kerja – asal baik je ngan diorang, GUA dapat tumpang FOC tiap hari..jimat kan?

Bagi GUA, idup mesti pandai – jangan pikir mende2 leceh..pikir straight je. Kalu GUA rase susah, memandailah ckit amik kesempatan. Dah muak dengar orang cakap GUA selfish giler.Time susah cari orang. Time senang ilang.

Hekeleh! GUA hilang, cari le..mende susah sangat. Bile plak GUA cari lu time susah. GUA menyelit, tak penah kate mintak tolong pun. Kalu korang rase GUA pandai amik kesempatan = samelah..GUA memang pandai idup le tu..

GUA rase GUA memang berlagak giler. Macam bagus..bak kate bebudak kecik tu ‘ACTION’…tapi idup ni senang untuk orang yang pandai idup macam GUA. Tengokla..kalu GUA bleh tolong lu..GUA try..kalu tak bleh GUA cakap tak bleh tolong..STRAIGHT kan? Watpe nak pening kepale hekkk??

Tapi, dun worry.GUA bleh TOLONG ajo camne nak berhidup bagus n tak poning2 kpale!

“Hai kengkawan, @LiENZ jumpe cebisan ni kat kaki lima..susah gak nak interprate ape maksud die. Tapi betul ke katenye? hanye dengan pikir straight, tak payah leceh2 – kite bleh idup n terus idup. Pedulikan kate2 nista orang di luar sana tentang diri kite yang dikatakan berlagak. Asalkan kite idup terus n pandai berhidup..”

Adakah engkorang salah satu dari orang yang macam ni? Jika tak pun..adekah anda rela untuk berhidup begini or bagi korang silap ke pendirian si GUA ni??

Friday, February 1, 2008

PiSaNg EmAs Di NegERi SeNDiri..

Iklan : '2 dalam 1'

Agak kekok gak bermain-main ngan gurindam ni (ye ke gurindam?) Ha, yang sepatutnye Hujan Panas di Negara orang, Hujan emas di negeri sendiri.

Ape yang korang paham pasal ni? Sebenarnye terpikir gak, nape gurindam ni wujud. Mesti sebab tak selese ngan tempat orang kot??

Samelah macam certain orang yang tak selesa menginap di rumah orang n lebih suke tidor di rumah sendiri. Agak2 nye bukanlah semua begitu. Mesti ade sebab mengape sesetengah orang tak suke duk umah orang lain.

Contohnye kalu kite nak menolong kenduri kawin.Kalu kenduri tu kat Senai, kite plak kat Kedah, takkan nak berulang beb. Terpakselah tumpang tidur jap..maybe 2-5 hari. Ish rimas gak bile:

1) Bangun Awal

Dah tentu tak bleh bangun lambat..leceh nih. Nak tu terpakse bangun pagi – nak jage image la katekan. Malu plak naknye anak dara bangun lambat kan? Kalu yang kenduri plak, mesti dipakse cari KAYU...hai kasihan ‘nak cari kayu, nak cari kayu!!’

2) Mandi cepat

Time mandi tak bleh nak lame. Slalu abis satu album gak lah kalu kat umah sendiri. Ish,tak bleh la nak tunjuk bakat..malu la..Lagi satu tak bleh mandi lelame. Segan plak,duit api n air diorang yang bayar! Hm,kalu dah kenduri tu, pepaham je la..dah sah berderet orang beratur tunggu nak mandi!

3) Control Macho!

Aduih, ini tak kene tu tak kene. Kene senyum n sopan santun ckit umah orang nih..naknye yang tak berape nak rapat sangat ngan kite. Makan kene dijemput, slagi tak dijemput alamat kebulur le..

4) 'BERKORBAN'

Nak makan pun piker 10 kali nak tambah nasi ke tak..biasenye kalu ramai2 tak cukup! Kalu bz ngan hal kenduri plak sampai lupe nak makan.Uh..malam2 perut bunyik.

Kengkadang rasa nak mengelak 'menginap' jap di rumah orang. Tapi, hidup ini ade OPPORTUNITY COST - tak sume yang kite nak kite bleh dapat kan.

Hai, macam2 peel ye! Tapi itulah manusia!

So, ape pilihan kite? Gembira untuk menikmati PRIVACY sendiri atau gembira mendapatkan KEMESRAAN berkumpul beramai2?

Thursday, January 24, 2008

Hasrat Yang TERPENDAM....

Kadang-kadang kalu simpan lame pun bleh jadi kacau gak. Menda-menda yang terpendam ni la bleh wat orang sakit hati n giler..huhu, mintak dijauhkan le..
Pernah tak berdepan ngan saat-saat serba salah:

Iklan : Sian diorang kalu kite gelakkan..



1) Berborak ngan member yang ade cili /sisa makanan terlekat kat gigi..Paling geli taik gigi tersepit di antara satu sama lain (mesti yg taun2 lepas punye kot)...wui..geli beb!

2) Chatting ngan orang yg ade masalah pernafasan berbau (skema plak bunyik)...nafas berbau la...takat mane kite bleh bertahan berborak ngan org cam ni??


3) Pengudaraan bawah tangan yang tidak menentu??(Ketiak busuk le..)..berani tegur tak?



4) Ternampak zip sluar member terbukak..? Ni 18SX...



Ni lah salah satu hasrat terpendam, nak diluah mati bapak. Tak luah, maybe kite yang mati kan? Adakah dengan cara berterus terang dapat mengatasi masalah ni? Atau pun dengan menghantar surat/message/ym/skype? (Mr.Final yg kenalkan mende instant ni..)



Mana yang lebih berkesan tanpa menjejaskan perhubungan yang telah lame terjalin? Susah gak ni..takkan nak menjauh diri? Pelik plak.


Apa pun yang kita buat mesti ada kesan baik n buruknye. Pada diri kita n juga orang terlibat dalam 1-4 perkara tu. Macammana dengan korang..pernah mengalami mende2 macam ni? Share and bagitau bende plg psyco yang korang penah buat untuk mengatasi or meluahkan hasrat terpendam kepada mereke2 yang terlibat ! Jangan2 anda yang terlibat-yuhoo!

Wednesday, January 16, 2008

SOALAN BODOH - BeRGuNA kE?

Huhu..tajuk pun dah macam soklan bodoh. Ade gak yang gemar guna soklan bodoh untuk memandaikan diri. Ade gak yang rimas dengan soklan2 bodoh yang menyakitkan hati. Persoalannya – APA GUNA SOALAN BODOH?

Ntah nape soalan bodoh wujud kat bumi ni. Tapi bagi certain orang, soalan tu hanya akan bodoh bila;

‘hak ala…takkan tu pun tak tau’
– TANYA MENDA SIMPLE..

Tak pun:

‘ Hai..tengah stady ke?’(padahal dah nampak orang tengah stady)
- DAH TANYA GAHARU PULA (Ish, betul ke ni?)

Ada gak:

‘nape kite kene mandi ha?'
- NI SOKLAN BETUL2 BODOH (maybe tak terpikir untuk tanye sebelum ni/ masa tu terasa maleh nak gi mandi)

Paling kreatif:

‘hai, jam pukul brape?’
- dah ade jam melekat kat tangan lagi mau tanya! Nampak sangat berguna gak ghupenye soklan bodoh ni untuk ngorat..ehem!

Kadang-kadang untuk bertegur sapa, orang akan gune soklan bodoh untuk memulakan perbualan. Naknye bila kita jadi orang baru dalam satu organisasi or tempat. Mesti orang akan start kate kite sombong plak kalu tak tegur sapa kan? Ha, kadang2 kite tak sedar kite dah guna soklan bodoh untuk bergaul rapat dengan orang lain dalam sesebuah komuniti.
Di sini soalan bodoh berguna untuk bersosial!

Adalah baik untuk kite berlaku adil dalam hidup, consider pengetahuan dan perasaan orang lain yang INGIN TAHU sesuatu, membantu mereka yang kurang pengetahuan dalam sesuatu mende. Maybe wujud soalan bodoh sebab adenye orang bodoh. Jadi, untuk mereka jadi excellent and bijak, bukankah perlu bertanya soalan yang mungkin dikira BODOH BAGI ORANG YANG PANDAI?

Lagipun, kite YANG BIJAK ni mestilah dapat nilai, yang mana soalan bodoh yang sengaja diada2kan sebab dah takde keje lain lagi nak buat..hehe, ataupun soalan bodoh yang digunakan untuk tukar topic??

Gunakan apa yang kite ade untuk menghormati dan bergaul baik ngan orang lain k!

Monday, January 7, 2008

Hanya Kerana Terpaksa..

Kesian..kesian. Ish..ish. Terpaksa siapkan kerja. Terpaksa naik bas pasal kereta kene langgar, tersadai kat workshop. Terpaksa makan mee cintan akhir bulan ni. Terpaksa stayback malam ni nak abiskan 10 lagi chapter – sok exam. Terpaksa ikut jalan ni pasal jalan lain jem. Terpaksa pinjam make-up member pasal sendiri punya kene cekup. Terpaksa cancel date malam ni, nak jaga adik kat umah, parents honeymoon. SEMUA TERPAKSA.

IKLAN : Ish, senyum terpaksa ke ni?

Bukanla nak jadi pakar bahasa tapi kalau kita perasan, perkataan ‘TER’ tu sendiri menunjukkan kita tak sengaja/bukan kita yang nak buat. Kalau TERPAKSA? Ha,lagilah parah. Dah la bukan kita yang SENGAJA pas tu PAKSA pulak –maknanya bukan dengan rela hati kan?
Berapa ramai yang mengeluh bila menyedari benda yang kita buat adalah kerana terpaksa buat? Siapa yang menganggap perkataan ni betul-betul perkataan yang menyakitkan dan negatif?


Positif atau negatifnya perkataan TERPAKSA ni bergantung kepada cara dan sebab kita menggunakannya. Kalau:

· TERPAKSA MENIPU? – Gaya bahasa ni macam dah takde cara lain lagi dah selain daripada menipu. Itulah cara yang ada. (Padahal, cuba kalau perkataan ni tak wujud? Mesti cuba gak dapatkan jalan penyelesaian yang baik kan?). So, ni positif ke negatif?

· TERPAKSA BEKERJA? – Nampak sangat pemalas. Pejam celik akhir bulan dapat gaji. Tu yang wujud perkataan terpaksa bekerja. Terpaksa gi kerja pasal nak sara hidup. Pergi kerja dengan tanpa rela hati. Dapat gaji suka hati!!! Jadi menda ni positif ke negatif?

Ramai yang mengambil kesempatan ke atas kewujudan perkataan TERPAKSA. Jep, kalau dah memang kewajipan, buat je. Tak payah nak pikirkan benda tu terpaksa atau tak.

TERPAKSA; membuat kita rasa yang kita tak bersalah dalam melakukan benda yang salah.

TERPAKSA; menampakkan diri kita baik bila kita dengan rela hati membuat sesuatu tanpa rela hati.

TERPAKSA; membuat kita hadkan peruntukan pilihan yang ada dan usaha untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.


Guys! Gunakan perkataan TERPAKSA sebaik-baiknya!

Wednesday, January 2, 2008

WATAK

Mungkin ada yang idamkan watak tertentu dalam hidup. Tak pun tak pasti mereka sendiri ada watak dalam hidup diorang. Bukan dalam drama je..

Prefer watak jahat ke watak baik? Watak orang kaya – merasa le mewah sikit. Watak miskin memilukan tapi dapat banyak perhatian. Macamana ngan watak selebriti famous tapi asyik kene kejar and kene tohmahan non-stop? Hm, watak pencuri? Watak lelaki kacak or wanita jelita tapi diculik oleh Sang JAHAT untuk mendapatkan tebusan wang? Ish...ish..kasihan!

Sebenarnya ramai yang tak sedar, hidup dan watak yang diorang pegang lebih mencabar, memilukan, menyedihkan, menggembirakan, pelik, seram,kreatif, berinovatif tinggi dan berwawasan. Ketidaksedaran inilah yang encourage ramai orang untuk IMPIKAN WATAK BEST! Semua tu hanya ada dalam REALITI hidup. Tak ramai boleh terima reality kehidupan diorang sampailah diorang sedar, kene bersyukur dengan watak masing-masing. Tapi bukan semua macam ni kan!

Agak2 watak korang penting ke tak? Ke ‘tukang pegang tombak’ belakang heroin?
Maybe ni pun bleh dikatakan watak penting:

1) Gadis mangsa penderaan
Toksah pikir jauh-jauh sangat. Orang yang diseksa mental pun dikatakan didera gak kan? Watak macam ni selalunye perlukan teman untuk luah perasaan. Ada yang buat bodoh dan terus menjahui orang yang mendera. Paling best, gi karoke. Hm, bagi yang yang masyuk cintan, dah semestinya kekasih jadi penenang hati. Tapi, macamane pasangan sendiri yang mendera mental dan hati? Ha, siapa ada watak ni? Mencabarkan?

2) Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan
Ni tertakluk kepada lelaki yang mana kemahuannya untuk mencapai cita-cita tak tercapai. Nak jadi pilot tapi disebabkan adik-beradik sume polis..termasukla papanye..jadi dipaksa mengikut kehendak keluarga. Watak ni memerlukan emotional control yang kuat. Lelaki ni terpaksa membuat keputusan samaada memilih keluarga atau pun capai impian sendiri. Ataupun bina impian baru? Ha, Nampak kreatifkan?

3) Mencuri kerana benar
Ada yang buat salah tapi pikir ’takpelah, untuk kebaikan’. Ni watak macam Robinhood la. Tak kira la mencuri ke, merompak, menculik-watak ni menganggap perbuatan yang salah dari segi undang-undang adalah tak salah sekiranya niat untuk membantu atau untuk mendapatkan yang terbaik untuk orang lain.

Korang sume ada watak impian kan? Appreciate watak yang ada k!

Tuesday, December 25, 2007

BARU PAHAM....

Actually first time @LiENZ tau and paham maksud kene tag. Jadi satu kerja gak ar..but fun!


1) Tag by Noushy Syah

"First Letter of Your Name"The rules : Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Don't use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one. Give a try. Have fun!

First letter of my name is @ (sorry Noushy, I try @ ok!)
1. Famous Singer: @LiENZ (ehem!)
2. Four Letter Word: @dui!
3. Street: @IR (where @LiENZ can breath)
4. Colour: @ura (colour of @LiENZs ‘heart’)
5. Gifts/Present: @ppy (present from PEOPLE)
6. Vehicle: @rmchair (maybe)
7. Things in Souvenir Shop: -@is Krim (Slurp!)
8. Boy Name: @hmad (the person who sell the Ice –Cream)
9. Girl Name: @ni (the person who sell the armchair)
10. Movie title: @LiENZ from UFO
11. Drink: @h?
12. Occupation: @ilments killer!
13. Celebrity: @LiENZ’s frens..
14. Magazine: @ blogspot.com
15. U.S. City: -
16. Pro Sports: @IM for the best
17. Fruit: @nggur (is it fruit?)
18. Reason for Being Late to work: @ngry
19. Something you throw away: @#%& (I can’t tell you, its hard to understand)
20. Something you shout: @LiENZ go!

Thanx Noushy Syah: present for u!



2) Tag by Mr.Final Solution

Rules :1. Copy from "Start Copy" until "End of Copy".2. Before "End of Copy", share your best memories of 2007 include your name and your URL blog.3. Share this tag to your friends.

For me, the year 2007 had a lot of happiness (and hope for 2008). Happiness because i see my son, grow and grow day by day. I have a great husband. I met lots of new friends from around the world via blogging ^_^ - Juliana RWIn 2007,

I become happier than before because my hubby’s got promotion and sure his salary had been increased. This had made my life more comfortable but everything seemed to cost an arm and a leg nowadays. The happiest memory is I see Nelson’s tummy becoming bigger and bigger, he can now count number 1 to number 10, by my guidance. He loves eating and he enjoys every meal. He gives us a lot of happiness by the way he mimic our talking style and making such lovely faces. At first, I was so scared to look after him but now I hope he can be with me all the time. Even I feel tired everyday but I feel my life is meaningful. - Hazel

2007 is quite a productive year for me. I got a new baby (son), now 5 months old and a new car. Career wise, everything is moving smoothly as plan and I'm half way thru my Masters degree and hope will be completed in 2008 and will path a way for me to be a Phd. candidate by end of 2008. A new batch of training and consultancy project is in the pipeline and will start soon. Most importantly my new passion -"blogging" started this year and hopefully will keep growing and blooming. I hope this blogging activity will develop my social networking and friendship with other bloggers. - myfisol

tahun 2007 boleh dikatakan tahun yang agak "terkejut" bagi aku. aku terkejut dengan schedule stadi aku yang kelam kabut. aku terkejut dengan kenyataan lecturer aku depan-depan kelas. aku terkejut dengan maki hamun paling dahsyat pernah aku terima. aku terkejut dengan suara yang mengatakan aku "kutuk bagai nak rak" idola pujaan mereka. dan aku juga terkejut bila ramai yang backup aku. terima kasih banyak untuk itu. aku tak mahu "terkejut" lagi. biarlah tahun 2007 menjadi penutup segala kisah terkejut aku... - aria ayumi

2007 started well I think, with the first memory that happen on the 1st of Jan. there are lots of things happened in 2007 - the fight with roommate - the dean’s list result that I got for last semester (just a bit to get first class) – the extreme expedition to Ledang Mountain - the the short semester that I did to ‘repair’ my grade - the July month - Harry Potter and the Deathly Hollows - the new crush – Medley Gila - the first fight – the tasks and responsibilities – the biggest project handled, Expoconvo’07 – new friends made – enjoyment and the sadness – all mixed together as one solution, that I think has a lot of sentimental value to me. And also, not to forget, the expanded community of friends to the net through my blog Yang Terdalam…~ End of Copy ~

Mr Final lak....
Tahun 2007 bukanlah tahun yang terbaik untuk Mr. Final. 2007 benar2 memberi beribu2 cabaran yang kadang2 Mr. Final x sangka2 boleh tempuh cabaran tersebut. Being very tense and shocking moment all the way from start hinggalah hari ini. Hari ini lagi teruk, 1st time in my life.. dpt saman. Moment paling menarik... the word 'see ya in court!'... gosh!.. kinda a roller-coster life... all the moment was very teryfying, cume sama ade menakutkan atau menakutkan sangat huuu (haha berlebih2 ke Mr Final nih). Tahun ini benar2 memberi ajaran kepada Mr. Final.. and most of it, learning by my own mistakes. Pon di tahun ini ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya Mr Final lakukan.. tapi telah pon berlaku. Mase tidak boleh kembali, jadi paling penting Mr. Final meneruskan tahun hadapan dengan lebih baik & bersungguh-2.

Walaupun pelbagai perkara yang gelap dah berlaku, kadang-2 bende2 yang kecil telah membuat Mr. Final senang hati. hahaha kadang perkara-2 kecil ini kite terlepas pandang dan sering ignore, namun dat is life... memang betul kita tujui suatu yang besar2 hingga terlupa perkara kecil2 tp disuatu masa perkara2 kecil ini lah yang benar2 membantu kita. Let move on Mr Final! Ape2 pon paling penting... tahun ini perkara yang paling menarik adalah di blog ini. Kepada semua kawan2 yg baru mahupun lama dan juga para2 pembaca I luv u guys! Saya sayang kamu semua mmuwwah! Final Solution

@LiENZ…2007..
End of 2007 lebih bermakne..sebab dah cari macam-macam cara nak join sekumpulan manusia dengan cara senang..nilah caranya! Lagi pun, nak dapat ‘salary’ pun kene cari orang gak…huaaaahuaaaa! @LiENZ banyak tasks kene siapkan nak kasi bumi aman. Ni dah memang KEWAJIBAN POYO @LiENZ. Happy live with happy relationship.

@LiENZ harap, for next year banyak lagi orang akan happy! Jangan sedih2..jangan patah hati n putus asa! Musti KAMATE!
Mr.Final,
Present for u!

Noushy Syah, I’ve tried my best. I’m so happy for being tagged (first time) by first commentor at my blog – thank u very much!

Wuit Mr.Final, Thanx…tag n link @LiENZ blog kat ur blog. Salamzz from @LiENZ! Puas ati?




Percubaan pertama @LiENZ. Sila beri tunjuk ajar!

Friday, December 21, 2007

MESTI PERGI!


Aku teragak2 gak nak pegi sana. Nak or tak nak better aku pegi. Baik untuk diri n orang lain gak. Syyy...jap. Perkara macam ni perlu tak aku share ngan orang lain? Ish,naik pusing gak kpale aku fikir guna 2-2 belah otak ni. Kalau aku pergi tanpa inform diorang, satgi diorang bleh salah paham. Tetiba je aku rasa better aku mati dari wat decision untuk benda macam ni!


Fiuh. Aku takleh tangguh lagi. Sekarang, hanya 2 pilihan. Pergi atau tak. Aku memang terdesak sekarang. Aku rasa orang dalam jail pun tak susah macam ni. Macam2 bende aku nak salahkan. Tak patut pun sebab yang patut aku pikir pergi atau tak.
Apa jadi kalau aku pergi? Apa jadi kalau aku tak pergi. Dengan pergi and masuk ke sana bleh buat aku lega. Tapi? Macamana ngan reputasi aku kalau orang nampak? Serius. Aku tak nafikan bende ni serius. Takkan habis macam tu je. Serius.


Aku tak bleh buang masa macam ni. Aku tak nak mati cepat...satu hal lagi!
Aku dah pikir masak-masak. Ok, aku pergi.



Kawan2? Dia ni nak gi mana?

Monday, December 17, 2007

'PENYIMPAN MOHOR-MOHOR BESAR'

Sejauh mana anda jujur dalam menyimpan rahsia? Tahankah anda bila dipaksa dan diumpan untuk merahsiakan rahsia seseorang? Eceh, formal sangat pun takleh sangat...Ni bukan psl raya haji!

Adakah korang2 ni semuanya penyimpan rahsia yang dilantik? Tak kira lah yang menyimpan rahsia, or ternampak sesuatu tetapi kene rahsiakan sebab takut kene ancam ke, takut mengaibkan orang ke...ataupun seseorang yang menyuruh korang merahsiakan sesuatu perkara?Apakah perasaan korang bila diberitahu perkara yang disuruh kita merahsiakan?

Kenapa takut bila kita ada rahsia?
Kadang2 ada gak yang mengelak dari simpan rahsia. Bukan sebab apa..takut nanti kita terbocorkan rahsia orang. Padahnya susah nak jangka. Hm..simpan rahsia pun ada risiko ye! Lagi pun benda ni bleh buat kita hilang kawan, or jadi musuh dalam selimut tanpa kita sedari. Tapi macam mana nak elak kalo dah memang kawan2 or situasi yang memaksa untuk korang simpan rahsia?

Kenapa best simpan rahsia?
Kalo kat dalam drama korang perasan tak, simpan rahsia ni bleh dapat duit! Naknye yang simpan rahsia bila ternampak kes pembunuhan atau pun share buat jahat. Simpan rahsia punca pendapatan rupanya!

Apa yang korang buat kalo korang dihint2kan/diencourage/dipaksa bocor rahsia?

1) Buat Bodoh
Mana boleh. Aku dah janji takkan bocorkan rahsia ni. (Rahsia lain maybe bleh dipertimbangkan!) Buat bodoh selamat tak? Buat tak tau? Tapi sampai bila? Sok lusa dia tanya lagi...hm...lari!!!!!

2) Lari?
Menjauhkan diri salah satu cara selamat. Tak pun bila nampak, buat2 tak kenal ke..buat2 bz ke. Tapi sampai bila...ada peluang diorang mesti tinggal cr masa je nak korek. Tu pun bergantung gak, penting ke tak rahsia tu. Kalo diorang dah give up..join balik lepak ngan diorang! Tapi..kalau tak? Tukar topik orait gak!

3) Tukar topik?
Benda ni tertakluk gak kepada orang yang memang jenis kreatif, yang memang dapat elak ngan cara macam ni. Pandai buat muka, cerita tension2 kat member sampai diorang pun boleh lupa misi utama diorang. Yang paling kreatif ialah buat2 cerita yang kononnya rahsia besar pas tu suruh diorang simpan! Amacam? Puas hati? Kalau tak bleh gak....

4) Cerita je lah...
Wuit...amacam? Ada berani?







Friday, December 14, 2007

KAWAN : BEST VS TAK BEST

@LiENZ lepak mamak stall semalam sambil syok dengar bebudak laki kutuk memember diorang. Diorang keep mempertikaikan kawan yang best n kawan yang tak best. Hmm..boleh tahan gak topic diorang;

Kawan BESSTT bile….

Pendiam

Seronok kutuk member yang pendiam kan? Cakapla apa-apa pun…selamber je muka innocent diorang. Tak ada perasaan. Tak cukup ngan senyap….senyum je kerjanya! Pas tu, kalo dalam team wat assignment, dah tentu orang-orang macam ni yang kita bleh dominasi. We have the power – sume decision kita wat, diorang DIANGGAP setuju.

Tapi,

Tak best gak bila time kita nak share problem, tak ada respon. Serupa tak payah kongsi suka duka ngan kawan jenis ni. Lagi satu, tak tau yang diorang ni tengah rasa apa. Buang masa wat lawak ngan kawan jenis ni – not a suitable fren untuk kita sharping skill melawak kita. One more thing, if something happen to our assignment, kita gak la yang kene menjawab kat lecturer!


Kawan BESSTT bile….

Kaya

Ha! Siapa tak nak shopping free kan? Tengok wayang every night, tak cukup ngan tu lepak santai kat restoran hotel berbintang-bintang! Every weekend layan snooker kat club. Ape kau nak ,bilang saja…aku pun tak reti nak invest kat celah mana pitih aku. Cheer up gang! Orang akan rasa bertambah best bila bleh amik kesempatan kat kawan jenis ni. Betul ke?

Tapi,

Aku kene siapkan team assignment sorang2. Aku struggle baca berbakul2 nota semata-mata untuk bagi diorang copy time exam. Fiuh, paling perit, aku kene korbankan awek cun pasal dah gerenti kalah kalu berebut ngan diorang pun. Hei, apa da…aku kene mengaku salah untuk cover silap diorang. Time keluar masuk umah pun dia yang tentukan. Termasuklah berus gigi warna apa yang kita nak pakai. Nak bantah, nanti menyesal. Hambakah aku ini?

Kawan BESSTT bile….


Funny, suka bergurau

Ha, seronok dapat kawan jenis ni. Time nak nangis ke, sakit hati ke, kene buli ke, diorang ni dah macam part-timer badut! Diorang sendiri pun happy buat lawak. Nothing serious in this world! Kawan jenis ni biasanya digemari ramai. Maybe sebab dia bleh jadi penyembuh duka kita. More relax and lupa masalah bile borak ngan dia.

Tapi,

Agak-agakla sikit nak berlawak pun. Takkan time mak member meninggal, wat lawak suruh bapak member kawin lain…kubur pun merah muda lagi ni. Tak berbaloi pun kalo buat joke time orang tengah temper pasal baru kene buang kerja…tengok tempat la bro. Kadang-kadang sanggup buat lawak dulu before selamatkan member yang terbabas masuk longkang…Gila apa?

Ada banyak lagi pilihan. Korang suka yang mana?

Wednesday, December 12, 2007

SIAPAKAH @LiENZ?

Tak tau dari mana dan macam mana nak start.

Siapakah @LiENZ sebenarnya?:


1) Nama Sebenar/Nama Penuh

@LiENZ .

2) Photo @LiENZ

@LiENZ adalah sesuatu yang berada di luar gambaran manusia.

3) Asal

Planet lain. Selain bumi. Pertelingkahan telah berlaku antara spesis-spesis alien yang lain apabila cuba melabelkan dan menentukan dari planet mana @LiENZ jatuh. Yang pasti, @LiENZ dari planet lain dan skarang tinggal di bumi. Maaf, @LiENZ masih dalam proses mengenal asal-usul

4) Pekerjaan dan Perkhidmatan

Atas permintaan manusia di bumi, @LiENZ -''Special Guess From Outerspace''. @LiENZ diberi tasks khas dibumi. Perkhidmatan utama @LiENZ ialah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. @LiENZ mampu menyelesaikan masalah hubungan manusia dengan manusia. Masalah yang 'direka' sendiri oleh manusia dan juga menyelesaikan masalah manusia yang timbul akibat manusia itu sendiri tiada masalah langsung dalam hidupnya. Selain itu, @LiENZ menjadi part-timer penasihat manusia..terutama bagi yang betul-betul memerlukan khidmat nasihat.

5) Kelayakan dan Anugerah

@LiENZ tiada apa-apa kelayakan yang perlu dibanggakan. Bukan Degree Holder ataupun pelajar semester akhir P.H.D Bidang Psikologi & Kaunseling. Anugerah pun tak ada. Semua manusia berhak mempertikaikan solution yang @LiENZ akan beri untuk settlekan problem manusia...

6) $ ?

Kegembiraan dan kebebasan manusia daripada sebarang masalah adalah gaji harian/bulanan/tahunan bagi @LiENZ. Bonus? Sudah pasti sokongan manusia pada @LiENZ untuk terus berkhidmat di bumi! Sokongan manusia dapat menentukan berapa lama @LiENZ boleh terus berkhidmat di bumi. Sila pastikan manusia di luar sana tak mengeluarkan apa-apa kos untuk dapatkan khidmat nasihat @LiENZ. Dapatkan @LiENZ yang original sementara spesis masih ada.

7) Blog @LiENZ

Ini adalah platform yang sesuai untuk @LiENZ berkhidmat menjaga perihal dan kepentingan manusia di bumi. Berperang bukan cara yang terbaik dan sesuai untuk @LiENZ menggembirakan manusia. Bagi @LiENZ, manusia adalah tetamu kehormat @LiENZ. Semua manusia berhak untuk drop and share problem masing-masing. Manusia, anda adalah ''Special Guess for @LiENZ''

8) Komen @LiENZ

Proses perkenalan manusia dengan @LiENZ akan mengambil masa. Manusia digalakkan bertanya soalan2 yang terpendam di hati tentang siapakah @LiENZ. @LiENZ terus akan mencuba menjawab dengan menggunakan organ-organ yang ada.

Selamat Datang Ke Bumi @LiENZ!