Showing posts with label WHO AM I. Show all posts
Showing posts with label WHO AM I. Show all posts

Wednesday, December 12, 2007

SIAPAKAH @LiENZ?

Tak tau dari mana dan macam mana nak start.

Siapakah @LiENZ sebenarnya?:


1) Nama Sebenar/Nama Penuh

@LiENZ .

2) Photo @LiENZ

@LiENZ adalah sesuatu yang berada di luar gambaran manusia.

3) Asal

Planet lain. Selain bumi. Pertelingkahan telah berlaku antara spesis-spesis alien yang lain apabila cuba melabelkan dan menentukan dari planet mana @LiENZ jatuh. Yang pasti, @LiENZ dari planet lain dan skarang tinggal di bumi. Maaf, @LiENZ masih dalam proses mengenal asal-usul

4) Pekerjaan dan Perkhidmatan

Atas permintaan manusia di bumi, @LiENZ -''Special Guess From Outerspace''. @LiENZ diberi tasks khas dibumi. Perkhidmatan utama @LiENZ ialah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. @LiENZ mampu menyelesaikan masalah hubungan manusia dengan manusia. Masalah yang 'direka' sendiri oleh manusia dan juga menyelesaikan masalah manusia yang timbul akibat manusia itu sendiri tiada masalah langsung dalam hidupnya. Selain itu, @LiENZ menjadi part-timer penasihat manusia..terutama bagi yang betul-betul memerlukan khidmat nasihat.

5) Kelayakan dan Anugerah

@LiENZ tiada apa-apa kelayakan yang perlu dibanggakan. Bukan Degree Holder ataupun pelajar semester akhir P.H.D Bidang Psikologi & Kaunseling. Anugerah pun tak ada. Semua manusia berhak mempertikaikan solution yang @LiENZ akan beri untuk settlekan problem manusia...

6) $ ?

Kegembiraan dan kebebasan manusia daripada sebarang masalah adalah gaji harian/bulanan/tahunan bagi @LiENZ. Bonus? Sudah pasti sokongan manusia pada @LiENZ untuk terus berkhidmat di bumi! Sokongan manusia dapat menentukan berapa lama @LiENZ boleh terus berkhidmat di bumi. Sila pastikan manusia di luar sana tak mengeluarkan apa-apa kos untuk dapatkan khidmat nasihat @LiENZ. Dapatkan @LiENZ yang original sementara spesis masih ada.

7) Blog @LiENZ

Ini adalah platform yang sesuai untuk @LiENZ berkhidmat menjaga perihal dan kepentingan manusia di bumi. Berperang bukan cara yang terbaik dan sesuai untuk @LiENZ menggembirakan manusia. Bagi @LiENZ, manusia adalah tetamu kehormat @LiENZ. Semua manusia berhak untuk drop and share problem masing-masing. Manusia, anda adalah ''Special Guess for @LiENZ''

8) Komen @LiENZ

Proses perkenalan manusia dengan @LiENZ akan mengambil masa. Manusia digalakkan bertanya soalan2 yang terpendam di hati tentang siapakah @LiENZ. @LiENZ terus akan mencuba menjawab dengan menggunakan organ-organ yang ada.

Selamat Datang Ke Bumi @LiENZ!