Monday, May 19, 2008

SuRaT CiNtA...

Ko dah siapkan tak?

Dah.

Pesal ni….nak ke tak nak buat?

Nak…aku malu la plak…macam gile je mende kite nak wat ni…

Jangan banyak piker ok..kite dah sampai tahap ni..jangan nak ngade2..

- CEBIK-

Tunjuk ko nye dulu…

Pesal aku plak…lady first!

Amik la….-CEBIK-


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum W.B.T

Kehadapan En.Ahmad yang dihormati selalu. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menganggu ketenangan En.Ahmad dengan surat yang tak seberapa ini. Sukar untuk saya menggunakan teknologi lain seperti e-mail, sms atau pun YM. Saya merasakan teknik ini masih sesuai untuk tujuan tertentu.

Menyedari yang En.Ahmad pasti terperanjat dengan kehadiran surat ini daripada saya, saya tak mahu membuang masa. Ingin saya nyatakan dengan jelas, saya ingin meluahkan sesuatu yang telah lama terpendam di dalam hati saya selama ini.

Status saya sebagai student En.Ahmad membuatkan saya rasa kurang wajar untuk saya merasakan apa yang saya rasa sekarang ini. Tetapi sukar untuk mengelakkan perasaan ini kerana dalam pada yang sama, saya terpaksa menghadiri kelas En.Ahmad dan menghadap En.Ahmad dan perasaan saya yang berbelah bagi….Saya tidak pandai untuk menipu diri saya yang saya telah memperjudikan perasaan saya untuk mendapatkan perhatian En.Ahmad…mohon maaf En.Ahmad, saya telah membenarkan diri saya jatuh cinta pada En.Ahmad.

Saya sendiri tidak pasti apakah jawapan dari En.Ahmad yang saya nantikan atau tindakan saya meluahkan perasaan ini adalah untuk mendapatkan balasan yang positif daripada En.Ahmad. Walaupun jelas layanan yang diberikan oleh En.Ahmad kepada saya boleh meyakinkan saya yang En.Ahmad mempunyai perasaan yang sama dengan saya, namun kepastian dari pengakuan En.Ahmad sendiri boleh membantu melegakan hati saya yang tidak keruan ini.

Saya mengharapkan jawapan dari En.Ahmad sendiri dan menantikan saat manis menerima balasan daripada En.Ahmad…


Yang selalu menantikan,
Pelajarmu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Serius nak anto sampah ni?

Ko pehal? Aku tertonggeng melingkup siapkan surat ni…

Ade yang tak kene bagi aku surat ni…

Susah2 kite mintak je lah @LiENZ tu tolong kite..nak?

Surat aku camne plak?

Proceed aku punye dulu…

"Kengkawan, @LiENZ rase ni bukan pasal format, mungkin cara meluahkan or maybe ayat yang digunakan kurang dignity or...hmmmm...ade yang tak kene kat sini..wajarkah luahan perasan begini oleh seorang pompuan? Sebagai seorang seorang student? Ade yang tak kene ni..

Perasan tak kengkawan?"