Saturday, July 26, 2008

Tiada Manusia yang Sempurna…

Pasti kita dah biase dengar ayat ni. Kita sendiri pun tak sedar yang mungkin kita adalah salah seorang yang ‘lahir’ dengan ayat ni. Terlalu biasa didengari, terlalu senang untuk kita sebut. Tapi macam mana kita menerimanya?

Cerita pasal kelemahan dan ketidaksempurnaan, mungkin kita tak berapa nak perasaan pulak tentang penerimaan kita terhadap kelemahan orang lain. Paling-paling pun, kita akan lari dari orang yang punyai bermacam-macam kelemahan…mungkinkah ada cara lain?

Dalam satu hari, berapa kali kita jumpe dengan orang yang pelik – mungkin boleh dikatakan kurang bijak. Mungkin ade yang ‘slow’ gila – buat kerja lembab. Maybe ade yang cepat give-up, sikit-sikit nak orang tolong. Dah biasa bergantung pada orang lain, kalu tak, susah nak terus hidup. Tak cukup dengan tu, ntah dari celah mane – ade plak yang pemalas. Nak orang suap je..tak mahu usaha untuk cari sendiri. Ada yang tau siap je, tak nak tau problem orang lain yang menyiapkan. Ada yang baran dan suka selesaikan masalah dengan marah. Ada yang suka mendiamkan diri bila orang cerca, ejek or jatuhkan maruahnya.

Marah?


Pada satu tahap tertentu, manusia mungkin akan cari jalan macammane nak lari dari kelemahan orang lain. Kalau diteliti, dalam satu tempat kerja pun, kalau ade senior yang tak sabar mengajar anak buah yang lembab, or kurang IQ..paling kecik menda die akan buat adalah MARAH. Pastu akan harumlah nama anak buahnya itu di pejabat – sebagai Si Slow or Si Lembab. Paling kejam ialah mencadangkan kepada pihak atasan supaya memberhentikan pekerjanya. Selesaikan? Hmm..

Kalu time study, bile time wat group ke or team – certain student akan cari yang bijak2 duk dalam satu group. ‘Senang sikit kerja kite, cepat sikit siap’ tak pun alasannye..’Wei, kite kene piker gak carry marks kite camne nanti, budak ni nak speaking pun kantoi…macammane plak time present lagi..malu..”

Bagaimana pula kalau kelemahan mak bapak kita…pelupa, suka mengarah, suka membebel, kadang-kadang mengada-ngada…bagaimanakah kita terima kelemhan diorang?

Bila kita lemah, kita akan cakap – tiada manusia yang sempurna. Tapi, malangnya kita sendiri terlepas untuk menerima kelemahan dan ketidaksempurnaan orang lain..

Agaknya pernah tak korang terima kelemahan orang lain dengan cara yang baik? Macammana?

Wednesday, July 16, 2008

Kalau Bukan NAMA....

“Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan NAMA"

Yuhoo!! Sejauh mana pentingnya nama manusia bagi korang? Lahir-lahir tengok dah ada nama kan? Ada tak yang nyesal ngan nama yang korang ade sekarang? Hehehe…teruk sangat ke tu..nak tak nak terima je la…fiuh!!

Kadang-kadang ada gak terdengar yang namanya lain, panggilnya lain…maybe sebab panggilan manja, or gelaran yang member-member bagi ataupun sebab diri sendiri suka ngan nama tu, so suka-suka hati tukar nama…

Pernah tak korang pikir kalau manusia takde NAMA? Imagine yang korang hidup sekarang ni takde nama? Susah tu nak berkawan, nak umpat, nak kutuk..nak panggil, nak mengarah..nak orang panggil diri korang sendiri macamane?? Hmm…kalau dalam keadaan macam ni, ok tak kalau korang dipanggil ngan:



Keadaan fizikal korang (keadaan mental pun bleh gak)…

Ni kes paling senang kot nak namakan orang – and kenal orang..AND dipanggil orang. Kalaulah kita tinggi, bleh gak orang nak panggil galah…kalau badan gempal, panggil Si Chubby, kalau manis rupanya panggil Sweety (macam rotila plak). Nama yang mungkin akan popular – Black (bagi yang gelap), Curl (rambut kerinting), Cecapang (telinga pelik)…test jap:

“Wei, mane Si Galah? Kite dah tunggu lame ni..”
“Galah? Aku kat sinilah Buntal…”
“Bukan ko le..Si Galah 5 Kaki le..”

“Apa hal kecoh2 ni Galah? Mengata aku le tu..”
“Ko jangan nak perasan, aku tengah cakap ngan Buntal Kecik la, Buntal Besar..”
“Ko pehal Buntal Besar, aku baru sampai ni..dah main tuduh…”
“Ish, Galah 5 kaki..aku cakap ngan Galah 4 Kaki 5 Inci le…”

Aduih…gaduh plak jadinye..nak menyebut satu hal, siap ukuran lagi!!

Panggil nama korang guna NAMA BENDA/BUAH/SAYUR/MAKANAN?

Ala…mende ni, dah jadi normal dah sekarang…amik satu contoh je – Mangkuk! Kalau korang perasan, bende mangkuk ni selalu kuar dari mulut time memember buat kite jadi marah, atau pun buat perangai tak abis-abis…tapi bezanya, kalau korang takde nama…mangkuk nilah yang jadi pilihan (agaknye la)…benda-benda kat sekeliling kita banyak…takkan ada masalah nak pilih…biasanya dalam sajak-sajak pun ada yang suarakan persamaan kita ngan lilin yang membakar, pohon yang rendang…daun kering la…ha, bersepahkan? Suka tak orang panggil kite mentimun? Best tak brokoli? Ke nak name yang canggih sikit? TV? PC? Microwave? Extension wire? Aiyo…banyak pilihan ni…test jap:


“Hello, Kuali…aku nak tanye..nak masak ape ni. Kitorang tak reti ni. Lambat lagi ke kau balik Kuali…”
“Ala, ko ikut je resepi aku k…aku cakap, korang ikut…”

“Pastikan ada Bawang, Cili Padi Merah, and Telur…”
“ Blender ada?”
“ Mane ntah pegi…Lesung Batu ade ni…ok, semua dah ade ni”
“Ok la tu…pandai-pandai le korang…”

“Tumbuk Bawang ngan Cili Padi Merah tu sampai hancur…Blender takde kan, guna Lesung Batu… ”

“Pecahkan Telur, campur semua sekali”

“Panaskan Kuali, masuk sume, goreng! Aku tau dah sampai umah aku nak makan-lapo”

“?????? Ha?”

NamaPanggil guna No.Plat Kenderaan??

Ni yang paling bertamadun sekali…lain dari yang lain. Fleksibel jika dibandingkan point pertama dan kedua. Korang bleh dikenali ngan No.Plat Kenderaan. Unik kan? Huruf dan Nombor…Kalau nak dipanggil ikut kenderaan yang dipakai, ramai yang pakai Proton, BMW, Mercedes..wuit, kalau diberi pilihan, mesti nak nama kereta yang mewah ye tak? Nak try? Bleh test sendiri?

“ Aku tak paham apa sebenarnya yang berlaku…WEC 2335 kata yang CBE 299 kacau bilau sekarang pasal kene rompak dek KJH 5235..itu yang GHK 3398 lapor pada aku…masih tunggu siasatan WHB 2583 lagi…lagipun CBE 299 yang dikatakan bersalah pasal cuai dalam hal tu…”

“Jap....aku pening wei, ko ulang balik bleh?”

Kuang..kuang…susah payah ni nak dipanggil dan memanggil…paling susah ialah untuk dikenali dan mengenali..

Kalau korang dilahirkan di dunia yang mane manusia tidak punyai nama….mane satu elemen yang korang akan pilih? Ok ke manusia takde NAMA?