Tuesday, December 25, 2007

BARU PAHAM....

Actually first time @LiENZ tau and paham maksud kene tag. Jadi satu kerja gak ar..but fun!


1) Tag by Noushy Syah

"First Letter of Your Name"The rules : Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Don't use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one. Give a try. Have fun!

First letter of my name is @ (sorry Noushy, I try @ ok!)
1. Famous Singer: @LiENZ (ehem!)
2. Four Letter Word: @dui!
3. Street: @IR (where @LiENZ can breath)
4. Colour: @ura (colour of @LiENZs ‘heart’)
5. Gifts/Present: @ppy (present from PEOPLE)
6. Vehicle: @rmchair (maybe)
7. Things in Souvenir Shop: -@is Krim (Slurp!)
8. Boy Name: @hmad (the person who sell the Ice –Cream)
9. Girl Name: @ni (the person who sell the armchair)
10. Movie title: @LiENZ from UFO
11. Drink: @h?
12. Occupation: @ilments killer!
13. Celebrity: @LiENZ’s frens..
14. Magazine: @ blogspot.com
15. U.S. City: -
16. Pro Sports: @IM for the best
17. Fruit: @nggur (is it fruit?)
18. Reason for Being Late to work: @ngry
19. Something you throw away: @#%& (I can’t tell you, its hard to understand)
20. Something you shout: @LiENZ go!

Thanx Noushy Syah: present for u!



2) Tag by Mr.Final Solution

Rules :1. Copy from "Start Copy" until "End of Copy".2. Before "End of Copy", share your best memories of 2007 include your name and your URL blog.3. Share this tag to your friends.

For me, the year 2007 had a lot of happiness (and hope for 2008). Happiness because i see my son, grow and grow day by day. I have a great husband. I met lots of new friends from around the world via blogging ^_^ - Juliana RWIn 2007,

I become happier than before because my hubby’s got promotion and sure his salary had been increased. This had made my life more comfortable but everything seemed to cost an arm and a leg nowadays. The happiest memory is I see Nelson’s tummy becoming bigger and bigger, he can now count number 1 to number 10, by my guidance. He loves eating and he enjoys every meal. He gives us a lot of happiness by the way he mimic our talking style and making such lovely faces. At first, I was so scared to look after him but now I hope he can be with me all the time. Even I feel tired everyday but I feel my life is meaningful. - Hazel

2007 is quite a productive year for me. I got a new baby (son), now 5 months old and a new car. Career wise, everything is moving smoothly as plan and I'm half way thru my Masters degree and hope will be completed in 2008 and will path a way for me to be a Phd. candidate by end of 2008. A new batch of training and consultancy project is in the pipeline and will start soon. Most importantly my new passion -"blogging" started this year and hopefully will keep growing and blooming. I hope this blogging activity will develop my social networking and friendship with other bloggers. - myfisol

tahun 2007 boleh dikatakan tahun yang agak "terkejut" bagi aku. aku terkejut dengan schedule stadi aku yang kelam kabut. aku terkejut dengan kenyataan lecturer aku depan-depan kelas. aku terkejut dengan maki hamun paling dahsyat pernah aku terima. aku terkejut dengan suara yang mengatakan aku "kutuk bagai nak rak" idola pujaan mereka. dan aku juga terkejut bila ramai yang backup aku. terima kasih banyak untuk itu. aku tak mahu "terkejut" lagi. biarlah tahun 2007 menjadi penutup segala kisah terkejut aku... - aria ayumi

2007 started well I think, with the first memory that happen on the 1st of Jan. there are lots of things happened in 2007 - the fight with roommate - the dean’s list result that I got for last semester (just a bit to get first class) – the extreme expedition to Ledang Mountain - the the short semester that I did to ‘repair’ my grade - the July month - Harry Potter and the Deathly Hollows - the new crush – Medley Gila - the first fight – the tasks and responsibilities – the biggest project handled, Expoconvo’07 – new friends made – enjoyment and the sadness – all mixed together as one solution, that I think has a lot of sentimental value to me. And also, not to forget, the expanded community of friends to the net through my blog Yang Terdalam…~ End of Copy ~

Mr Final lak....
Tahun 2007 bukanlah tahun yang terbaik untuk Mr. Final. 2007 benar2 memberi beribu2 cabaran yang kadang2 Mr. Final x sangka2 boleh tempuh cabaran tersebut. Being very tense and shocking moment all the way from start hinggalah hari ini. Hari ini lagi teruk, 1st time in my life.. dpt saman. Moment paling menarik... the word 'see ya in court!'... gosh!.. kinda a roller-coster life... all the moment was very teryfying, cume sama ade menakutkan atau menakutkan sangat huuu (haha berlebih2 ke Mr Final nih). Tahun ini benar2 memberi ajaran kepada Mr. Final.. and most of it, learning by my own mistakes. Pon di tahun ini ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya Mr Final lakukan.. tapi telah pon berlaku. Mase tidak boleh kembali, jadi paling penting Mr. Final meneruskan tahun hadapan dengan lebih baik & bersungguh-2.

Walaupun pelbagai perkara yang gelap dah berlaku, kadang-2 bende2 yang kecil telah membuat Mr. Final senang hati. hahaha kadang perkara-2 kecil ini kite terlepas pandang dan sering ignore, namun dat is life... memang betul kita tujui suatu yang besar2 hingga terlupa perkara kecil2 tp disuatu masa perkara2 kecil ini lah yang benar2 membantu kita. Let move on Mr Final! Ape2 pon paling penting... tahun ini perkara yang paling menarik adalah di blog ini. Kepada semua kawan2 yg baru mahupun lama dan juga para2 pembaca I luv u guys! Saya sayang kamu semua mmuwwah! Final Solution

@LiENZ…2007..
End of 2007 lebih bermakne..sebab dah cari macam-macam cara nak join sekumpulan manusia dengan cara senang..nilah caranya! Lagi pun, nak dapat ‘salary’ pun kene cari orang gak…huaaaahuaaaa! @LiENZ banyak tasks kene siapkan nak kasi bumi aman. Ni dah memang KEWAJIBAN POYO @LiENZ. Happy live with happy relationship.

@LiENZ harap, for next year banyak lagi orang akan happy! Jangan sedih2..jangan patah hati n putus asa! Musti KAMATE!
Mr.Final,
Present for u!

Noushy Syah, I’ve tried my best. I’m so happy for being tagged (first time) by first commentor at my blog – thank u very much!

Wuit Mr.Final, Thanx…tag n link @LiENZ blog kat ur blog. Salamzz from @LiENZ! Puas ati?




Percubaan pertama @LiENZ. Sila beri tunjuk ajar!

Friday, December 21, 2007

MESTI PERGI!


Aku teragak2 gak nak pegi sana. Nak or tak nak better aku pegi. Baik untuk diri n orang lain gak. Syyy...jap. Perkara macam ni perlu tak aku share ngan orang lain? Ish,naik pusing gak kpale aku fikir guna 2-2 belah otak ni. Kalau aku pergi tanpa inform diorang, satgi diorang bleh salah paham. Tetiba je aku rasa better aku mati dari wat decision untuk benda macam ni!


Fiuh. Aku takleh tangguh lagi. Sekarang, hanya 2 pilihan. Pergi atau tak. Aku memang terdesak sekarang. Aku rasa orang dalam jail pun tak susah macam ni. Macam2 bende aku nak salahkan. Tak patut pun sebab yang patut aku pikir pergi atau tak.
Apa jadi kalau aku pergi? Apa jadi kalau aku tak pergi. Dengan pergi and masuk ke sana bleh buat aku lega. Tapi? Macamana ngan reputasi aku kalau orang nampak? Serius. Aku tak nafikan bende ni serius. Takkan habis macam tu je. Serius.


Aku tak bleh buang masa macam ni. Aku tak nak mati cepat...satu hal lagi!
Aku dah pikir masak-masak. Ok, aku pergi.



Kawan2? Dia ni nak gi mana?

Monday, December 17, 2007

'PENYIMPAN MOHOR-MOHOR BESAR'

Sejauh mana anda jujur dalam menyimpan rahsia? Tahankah anda bila dipaksa dan diumpan untuk merahsiakan rahsia seseorang? Eceh, formal sangat pun takleh sangat...Ni bukan psl raya haji!

Adakah korang2 ni semuanya penyimpan rahsia yang dilantik? Tak kira lah yang menyimpan rahsia, or ternampak sesuatu tetapi kene rahsiakan sebab takut kene ancam ke, takut mengaibkan orang ke...ataupun seseorang yang menyuruh korang merahsiakan sesuatu perkara?Apakah perasaan korang bila diberitahu perkara yang disuruh kita merahsiakan?

Kenapa takut bila kita ada rahsia?
Kadang2 ada gak yang mengelak dari simpan rahsia. Bukan sebab apa..takut nanti kita terbocorkan rahsia orang. Padahnya susah nak jangka. Hm..simpan rahsia pun ada risiko ye! Lagi pun benda ni bleh buat kita hilang kawan, or jadi musuh dalam selimut tanpa kita sedari. Tapi macam mana nak elak kalo dah memang kawan2 or situasi yang memaksa untuk korang simpan rahsia?

Kenapa best simpan rahsia?
Kalo kat dalam drama korang perasan tak, simpan rahsia ni bleh dapat duit! Naknye yang simpan rahsia bila ternampak kes pembunuhan atau pun share buat jahat. Simpan rahsia punca pendapatan rupanya!

Apa yang korang buat kalo korang dihint2kan/diencourage/dipaksa bocor rahsia?

1) Buat Bodoh
Mana boleh. Aku dah janji takkan bocorkan rahsia ni. (Rahsia lain maybe bleh dipertimbangkan!) Buat bodoh selamat tak? Buat tak tau? Tapi sampai bila? Sok lusa dia tanya lagi...hm...lari!!!!!

2) Lari?
Menjauhkan diri salah satu cara selamat. Tak pun bila nampak, buat2 tak kenal ke..buat2 bz ke. Tapi sampai bila...ada peluang diorang mesti tinggal cr masa je nak korek. Tu pun bergantung gak, penting ke tak rahsia tu. Kalo diorang dah give up..join balik lepak ngan diorang! Tapi..kalau tak? Tukar topik orait gak!

3) Tukar topik?
Benda ni tertakluk gak kepada orang yang memang jenis kreatif, yang memang dapat elak ngan cara macam ni. Pandai buat muka, cerita tension2 kat member sampai diorang pun boleh lupa misi utama diorang. Yang paling kreatif ialah buat2 cerita yang kononnya rahsia besar pas tu suruh diorang simpan! Amacam? Puas hati? Kalau tak bleh gak....

4) Cerita je lah...
Wuit...amacam? Ada berani?







Friday, December 14, 2007

KAWAN : BEST VS TAK BEST

@LiENZ lepak mamak stall semalam sambil syok dengar bebudak laki kutuk memember diorang. Diorang keep mempertikaikan kawan yang best n kawan yang tak best. Hmm..boleh tahan gak topic diorang;

Kawan BESSTT bile….

Pendiam

Seronok kutuk member yang pendiam kan? Cakapla apa-apa pun…selamber je muka innocent diorang. Tak ada perasaan. Tak cukup ngan senyap….senyum je kerjanya! Pas tu, kalo dalam team wat assignment, dah tentu orang-orang macam ni yang kita bleh dominasi. We have the power – sume decision kita wat, diorang DIANGGAP setuju.

Tapi,

Tak best gak bila time kita nak share problem, tak ada respon. Serupa tak payah kongsi suka duka ngan kawan jenis ni. Lagi satu, tak tau yang diorang ni tengah rasa apa. Buang masa wat lawak ngan kawan jenis ni – not a suitable fren untuk kita sharping skill melawak kita. One more thing, if something happen to our assignment, kita gak la yang kene menjawab kat lecturer!


Kawan BESSTT bile….

Kaya

Ha! Siapa tak nak shopping free kan? Tengok wayang every night, tak cukup ngan tu lepak santai kat restoran hotel berbintang-bintang! Every weekend layan snooker kat club. Ape kau nak ,bilang saja…aku pun tak reti nak invest kat celah mana pitih aku. Cheer up gang! Orang akan rasa bertambah best bila bleh amik kesempatan kat kawan jenis ni. Betul ke?

Tapi,

Aku kene siapkan team assignment sorang2. Aku struggle baca berbakul2 nota semata-mata untuk bagi diorang copy time exam. Fiuh, paling perit, aku kene korbankan awek cun pasal dah gerenti kalah kalu berebut ngan diorang pun. Hei, apa da…aku kene mengaku salah untuk cover silap diorang. Time keluar masuk umah pun dia yang tentukan. Termasuklah berus gigi warna apa yang kita nak pakai. Nak bantah, nanti menyesal. Hambakah aku ini?

Kawan BESSTT bile….


Funny, suka bergurau

Ha, seronok dapat kawan jenis ni. Time nak nangis ke, sakit hati ke, kene buli ke, diorang ni dah macam part-timer badut! Diorang sendiri pun happy buat lawak. Nothing serious in this world! Kawan jenis ni biasanya digemari ramai. Maybe sebab dia bleh jadi penyembuh duka kita. More relax and lupa masalah bile borak ngan dia.

Tapi,

Agak-agakla sikit nak berlawak pun. Takkan time mak member meninggal, wat lawak suruh bapak member kawin lain…kubur pun merah muda lagi ni. Tak berbaloi pun kalo buat joke time orang tengah temper pasal baru kene buang kerja…tengok tempat la bro. Kadang-kadang sanggup buat lawak dulu before selamatkan member yang terbabas masuk longkang…Gila apa?

Ada banyak lagi pilihan. Korang suka yang mana?

Wednesday, December 12, 2007

SIAPAKAH @LiENZ?

Tak tau dari mana dan macam mana nak start.

Siapakah @LiENZ sebenarnya?:


1) Nama Sebenar/Nama Penuh

@LiENZ .

2) Photo @LiENZ

@LiENZ adalah sesuatu yang berada di luar gambaran manusia.

3) Asal

Planet lain. Selain bumi. Pertelingkahan telah berlaku antara spesis-spesis alien yang lain apabila cuba melabelkan dan menentukan dari planet mana @LiENZ jatuh. Yang pasti, @LiENZ dari planet lain dan skarang tinggal di bumi. Maaf, @LiENZ masih dalam proses mengenal asal-usul

4) Pekerjaan dan Perkhidmatan

Atas permintaan manusia di bumi, @LiENZ -''Special Guess From Outerspace''. @LiENZ diberi tasks khas dibumi. Perkhidmatan utama @LiENZ ialah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. @LiENZ mampu menyelesaikan masalah hubungan manusia dengan manusia. Masalah yang 'direka' sendiri oleh manusia dan juga menyelesaikan masalah manusia yang timbul akibat manusia itu sendiri tiada masalah langsung dalam hidupnya. Selain itu, @LiENZ menjadi part-timer penasihat manusia..terutama bagi yang betul-betul memerlukan khidmat nasihat.

5) Kelayakan dan Anugerah

@LiENZ tiada apa-apa kelayakan yang perlu dibanggakan. Bukan Degree Holder ataupun pelajar semester akhir P.H.D Bidang Psikologi & Kaunseling. Anugerah pun tak ada. Semua manusia berhak mempertikaikan solution yang @LiENZ akan beri untuk settlekan problem manusia...

6) $ ?

Kegembiraan dan kebebasan manusia daripada sebarang masalah adalah gaji harian/bulanan/tahunan bagi @LiENZ. Bonus? Sudah pasti sokongan manusia pada @LiENZ untuk terus berkhidmat di bumi! Sokongan manusia dapat menentukan berapa lama @LiENZ boleh terus berkhidmat di bumi. Sila pastikan manusia di luar sana tak mengeluarkan apa-apa kos untuk dapatkan khidmat nasihat @LiENZ. Dapatkan @LiENZ yang original sementara spesis masih ada.

7) Blog @LiENZ

Ini adalah platform yang sesuai untuk @LiENZ berkhidmat menjaga perihal dan kepentingan manusia di bumi. Berperang bukan cara yang terbaik dan sesuai untuk @LiENZ menggembirakan manusia. Bagi @LiENZ, manusia adalah tetamu kehormat @LiENZ. Semua manusia berhak untuk drop and share problem masing-masing. Manusia, anda adalah ''Special Guess for @LiENZ''

8) Komen @LiENZ

Proses perkenalan manusia dengan @LiENZ akan mengambil masa. Manusia digalakkan bertanya soalan2 yang terpendam di hati tentang siapakah @LiENZ. @LiENZ terus akan mencuba menjawab dengan menggunakan organ-organ yang ada.

Selamat Datang Ke Bumi @LiENZ!

PERCUTIAN YANG BERMAKNA?

Wow! Ada yang merancang bercuti ke Pulau Tioman? Pulau Langkawi atau Pulau Perhentian?Cuti masih banyak lagi ni...berapa budget? Berapa orang nak join?Ala...ramai tak dapat nak ikut rupanya. Alasan, mak bapak tak kasi, budget lari sebab duit loan dah abis dah, tak ngam ngan member yang ajak, malas dan mungkin jugak ada yang tak setuju ngan tempat yang dicadangkan. Hm....kalau setakat 2-3 kerat jangan mimpi nak dapat percutian yang bermakna kan?

Apa sebenarnye percutian yang bermakna bagi korang?Melakukan perkara yang betul-betul enjoy? Have fun dengan hobi time cuti?Saja-saja suka-suka tengok kalendar bagi cuti cepat habis? Tolong parents cuci tandas dan kemas rumah? Membaca? Fiuh...tunggu exam sem depan la beb!

Kadang-kadang kita tak sedar yang cuti-cuti yang berlalu kita habiskan dengan cara yang kita MEMANG nak buat,TERPAKSA buat, PATUT buat, SAJA-SAJA nak buat, dah memang HOBI nak buat and maybe WAJIB buat.

Mai tengok sini apa yang korang maybe buat atas sebab-sebab di atas:

1)Tidur...zzzzzzzz...

Hei kawan..udah-udah le tu tidurnya.Berapa banyak besen dah air liur basi meleleh. Berapa banyak peta lagi nak lukis. Tidur ni idaman bagi kebayakan daripada kita masa cuti. Alasannya;

"Dah semestinya kita kena rehat guyz. Pasal, untuk exam hari tu kita bersengkang mata study and target nak score habis-habisan. Kita mesti rehat untuk top-up balik energy kita...''

'' Mesti tidur puas-puas time cuti ni! Aku nak qada' balik hari-hari yang aku stay back!''

Ish, berkira juga kita ye bab-bab tidur ni. Berapa ramai yang anggap tidur ni PERLU time cuti ni? Dan maybe ramai gak yang anggap tidur ni HOBI semasa:tak cuti pun memanjang tidur! Waktu cuti dah jadi KEMESTIAN untuk kita tidur puas-puas..ye ke? Atau untuk release tension?

2) Menonton TV/ VCD/DVD/Wayang

Time cutilah saat-saat best untuk tengok TV. Nak nye yang ada ASTRO. Boleh sampai pening kepala nak pilih channel mana nak tengok. Berapa ramai antara kita yang tengok Discovery Channel (untuk nak tambah pengetahuan)? Macam mana plak yang seronok pilih channel hiburan? Alienz percaya, ramai jugak yang habiskan cuti dengan menghayati drama bersiri Mexico/Indonesia/Melayu/Jepun atau Korea - dengan harapan drama ni akan habis sebelum cuti habis! Yang pastinya, masyuk gila kawan bila tengok TV /DVD or wayang bila kita baru habis exam kan? Atau pun yang tengah tunggu nak konvo je. Alienz cuma tak pasti, berapa ramai antara kita yang menganggap:

'' Cuti ni takde apa nak buat pun...tengok TV je lah..''

'' Aku dah lama mengidam nak tengok episod cerita tu daripada mula sampai habis...inilah yang aku tunggu-tunggu...''

'' Member pun tak ajak pegi lepak mana-mana...harap aku je yang belanja je diorang..layan DVD lagi bagus!''

TEPUK DADA, TANYA SELERA.

3) Kerja Part-Time

Aik, skema plak bunyinya. Pasaraya tumbuh macam cendawan sekarang ni. Takkan tak ada kerja kosong kan? Dapat sebulan dua, merasa gak PS 2. Nak harapkan loan, haram tak simpan! Waktu cutilah sesuai buat duit..dapat duit saku boleh simpan buat yuran sem depan (poyo gak bunyi dia). Korang ada pikir nak cari duit time cuti panjang ni? Adakah percutian korang lebih bermakna dengan kerja penat-penat, jadi part-timer di pasaraya or fast-food? Ha? Parents korang sound suruh kerja? Hai...nak tak nak buat je la...Alienz sendiri percaya, mungkin keterpaksaan korang untuk bekerja masa-masa cuti indah ini boleh jadi masa-masa cuti yang bermakna bagi korang sume kan? Ye ke?

4) Bersukan

Ini bunyinya agak formal. Sebelum matahari timbul lagi dah ada kat taman dekat ngan rumah - jogging tu! Bersemangat nak bakar lemak dan hapuskan molekul-molekul kolestrol dalam badan. Ada yang berharap, sem depan bolehlah dapat otak yang fresh untuk study and score pointer. Mintak-mintak pointer naik sem depan! Bagi setengah pompuan pulak, biasanya time cutilah diorang maintain badan dan berdiet. Sem baru, wajah baru, ini meyakinkan saya! Sorry, over lah pulak. Futsal pun ok gak...dapat reunion ngan kawan-kawan sekolah dulu. Share cerita and experience masuk kolej or Universiti. Tukar-tukar contact and invite masuk frenster baru. Manalah tau, kalau untung dapat soalan bocor untuk sem depan. Best tak habiskan cuti macam ni?

5) Dating/SMS/YM

Ehem...time cuti tak dapat jumpakan? Aritu masing-masing busy pun tak dapat jumpa kan? Sedihnya! Ha...bagi melepaskan kerinduan, pasti SMS jadi penyambung kasih. Sorry jikalau alienz keterlaluan dalam berjiwang.

'' Betul la...schedule sem lepas sabtu pun ada kelas. Bila lagi nak jumpa orang tersayang..''

'' Ish, jenuh plak aku nak turun Kelantan jumpa awek. Tak jumpa karang merajuk seminggu..'' (Hei kawan...macam tak ikhlas je bunyi?)

'' Seronok ber YM dengan dia..sampai tak rasa nak tidur and makan. Sedar-sedar dah malam. Kelip mata, tinggal lagi 2 minggu lagi cuti nak habis''

Nampak tak apa yang Alienz cuba nak sampaikan? Macam mana bagi korang...percutian yang bermakna bagi korang hanye bila korang rasa korang terpaksa melakukan sesuatu or enjoy nak habiskan cuti? Atau mungkin menjadi keperluan bagi korang? Apa pun, rasa masih sempat lagi nak ucap Happy Holiday!