Wednesday, December 12, 2007

PERCUTIAN YANG BERMAKNA?

Wow! Ada yang merancang bercuti ke Pulau Tioman? Pulau Langkawi atau Pulau Perhentian?Cuti masih banyak lagi ni...berapa budget? Berapa orang nak join?Ala...ramai tak dapat nak ikut rupanya. Alasan, mak bapak tak kasi, budget lari sebab duit loan dah abis dah, tak ngam ngan member yang ajak, malas dan mungkin jugak ada yang tak setuju ngan tempat yang dicadangkan. Hm....kalau setakat 2-3 kerat jangan mimpi nak dapat percutian yang bermakna kan?

Apa sebenarnye percutian yang bermakna bagi korang?Melakukan perkara yang betul-betul enjoy? Have fun dengan hobi time cuti?Saja-saja suka-suka tengok kalendar bagi cuti cepat habis? Tolong parents cuci tandas dan kemas rumah? Membaca? Fiuh...tunggu exam sem depan la beb!

Kadang-kadang kita tak sedar yang cuti-cuti yang berlalu kita habiskan dengan cara yang kita MEMANG nak buat,TERPAKSA buat, PATUT buat, SAJA-SAJA nak buat, dah memang HOBI nak buat and maybe WAJIB buat.

Mai tengok sini apa yang korang maybe buat atas sebab-sebab di atas:

1)Tidur...zzzzzzzz...

Hei kawan..udah-udah le tu tidurnya.Berapa banyak besen dah air liur basi meleleh. Berapa banyak peta lagi nak lukis. Tidur ni idaman bagi kebayakan daripada kita masa cuti. Alasannya;

"Dah semestinya kita kena rehat guyz. Pasal, untuk exam hari tu kita bersengkang mata study and target nak score habis-habisan. Kita mesti rehat untuk top-up balik energy kita...''

'' Mesti tidur puas-puas time cuti ni! Aku nak qada' balik hari-hari yang aku stay back!''

Ish, berkira juga kita ye bab-bab tidur ni. Berapa ramai yang anggap tidur ni PERLU time cuti ni? Dan maybe ramai gak yang anggap tidur ni HOBI semasa:tak cuti pun memanjang tidur! Waktu cuti dah jadi KEMESTIAN untuk kita tidur puas-puas..ye ke? Atau untuk release tension?

2) Menonton TV/ VCD/DVD/Wayang

Time cutilah saat-saat best untuk tengok TV. Nak nye yang ada ASTRO. Boleh sampai pening kepala nak pilih channel mana nak tengok. Berapa ramai antara kita yang tengok Discovery Channel (untuk nak tambah pengetahuan)? Macam mana plak yang seronok pilih channel hiburan? Alienz percaya, ramai jugak yang habiskan cuti dengan menghayati drama bersiri Mexico/Indonesia/Melayu/Jepun atau Korea - dengan harapan drama ni akan habis sebelum cuti habis! Yang pastinya, masyuk gila kawan bila tengok TV /DVD or wayang bila kita baru habis exam kan? Atau pun yang tengah tunggu nak konvo je. Alienz cuma tak pasti, berapa ramai antara kita yang menganggap:

'' Cuti ni takde apa nak buat pun...tengok TV je lah..''

'' Aku dah lama mengidam nak tengok episod cerita tu daripada mula sampai habis...inilah yang aku tunggu-tunggu...''

'' Member pun tak ajak pegi lepak mana-mana...harap aku je yang belanja je diorang..layan DVD lagi bagus!''

TEPUK DADA, TANYA SELERA.

3) Kerja Part-Time

Aik, skema plak bunyinya. Pasaraya tumbuh macam cendawan sekarang ni. Takkan tak ada kerja kosong kan? Dapat sebulan dua, merasa gak PS 2. Nak harapkan loan, haram tak simpan! Waktu cutilah sesuai buat duit..dapat duit saku boleh simpan buat yuran sem depan (poyo gak bunyi dia). Korang ada pikir nak cari duit time cuti panjang ni? Adakah percutian korang lebih bermakna dengan kerja penat-penat, jadi part-timer di pasaraya or fast-food? Ha? Parents korang sound suruh kerja? Hai...nak tak nak buat je la...Alienz sendiri percaya, mungkin keterpaksaan korang untuk bekerja masa-masa cuti indah ini boleh jadi masa-masa cuti yang bermakna bagi korang sume kan? Ye ke?

4) Bersukan

Ini bunyinya agak formal. Sebelum matahari timbul lagi dah ada kat taman dekat ngan rumah - jogging tu! Bersemangat nak bakar lemak dan hapuskan molekul-molekul kolestrol dalam badan. Ada yang berharap, sem depan bolehlah dapat otak yang fresh untuk study and score pointer. Mintak-mintak pointer naik sem depan! Bagi setengah pompuan pulak, biasanya time cutilah diorang maintain badan dan berdiet. Sem baru, wajah baru, ini meyakinkan saya! Sorry, over lah pulak. Futsal pun ok gak...dapat reunion ngan kawan-kawan sekolah dulu. Share cerita and experience masuk kolej or Universiti. Tukar-tukar contact and invite masuk frenster baru. Manalah tau, kalau untung dapat soalan bocor untuk sem depan. Best tak habiskan cuti macam ni?

5) Dating/SMS/YM

Ehem...time cuti tak dapat jumpakan? Aritu masing-masing busy pun tak dapat jumpa kan? Sedihnya! Ha...bagi melepaskan kerinduan, pasti SMS jadi penyambung kasih. Sorry jikalau alienz keterlaluan dalam berjiwang.

'' Betul la...schedule sem lepas sabtu pun ada kelas. Bila lagi nak jumpa orang tersayang..''

'' Ish, jenuh plak aku nak turun Kelantan jumpa awek. Tak jumpa karang merajuk seminggu..'' (Hei kawan...macam tak ikhlas je bunyi?)

'' Seronok ber YM dengan dia..sampai tak rasa nak tidur and makan. Sedar-sedar dah malam. Kelip mata, tinggal lagi 2 minggu lagi cuti nak habis''

Nampak tak apa yang Alienz cuba nak sampaikan? Macam mana bagi korang...percutian yang bermakna bagi korang hanye bila korang rasa korang terpaksa melakukan sesuatu or enjoy nak habiskan cuti? Atau mungkin menjadi keperluan bagi korang? Apa pun, rasa masih sempat lagi nak ucap Happy Holiday!







4 comments:

  1. heyya @Lienz

    ...thanks for dropping by in my blog...Appreciate it.I must say, you're so new in this world of blogging, and I'm glad to be the first one to put my comment here...

    Accept my salam, to say hello to you my friend.

    And yez, I would rather say, my best holiday is to have a quality time with the one that I loved...family/friends/the special one.

    Having a quality time together,lots of activities could be done...some are as you stated in your entry.Well done my friend.Looking forward for more postings from you!

    Have a good day!

    ReplyDelete
  2. Good day,
    Noushy syah, thank you for your support and the first who drop a nice comment! As I am a special guess from UFO, I'm here to support good relationship like yours.Bless you all happy and happy for ever!

    ReplyDelete
  3. eheh. noushy jadik 1st commentator. melepas kite :p

    setuju sgt yang nombor 1,2,5. cuti utk tido, 'mentelaah' telebisen, dan ber-ym. :D

    salam kenal alien. happy blogging k! ;)

    ReplyDelete
  4. Aria Ayumi,
    Tidur bagus untuk orang yang PERLU tidur and jadi kepuasan untuk orang yang MEMANG nak tidur.

    Salam disambut...SELAMAT!

    ReplyDelete